Bandar baharu Kinabatangan akan jadi realiti

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Kinabatangan sememangnya kaya dengan keunikan dan keistimewaan tersendiri terutama dalam aspek eko pelancongan yang menyajikan keindahan panorama alam semula jadi. - Foto BERNAMA.
(📸 ©BERNAMA)
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Rakyat Kinabatangan mahu usaha tingkat kualiti hidup diberi keutamaan

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Johainizamshah menunjukkan surat arahan penyukatan tanah RSP semasa menerima surat itu di Ibu Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur, Kota Kinabalu.
(📸 ©Sabah Media)
Hasrat rakyat Kinabatangan untuk memiliki bandar baharu Kinabatangan dijangka menjadi kenyataan tidak lama lagi, kata Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Lamag, Johainizamshah Johari.

Katanya, perkembangan positif itu berikutan pihak Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Daerah telah menerima arahan Kertas Ukur Registered Survey Paper (RSP) daripada Pengarah Tanah dan Ukur.

Menurutnya, Majlis Daerah Kinabatangan (MDK) telah mengenalpasti dan memohon tanah dengan keluasan 157.48 ekar untuk tujuan membina bandar baharu Kinabatangan.

“Dengan usaha gigih yang dilakukan oleh Pegawai Eksekutif MDK bersama Pegawai Daerah Kinabatangan, JTU Kinabatangan, Pegawai Hasil Bumi Sabah dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, ibu pejabat JTU telah mengeluarkan RSP untuk menyukat tanah tersebut”, katanya ketika dimaklumkan perkembangan terkini permohonan tanah tersebut.

Johainizamshah berkata, perkembangan positif itu dapat dicapai walaupun baru 6 bulan beliau diberi kepercayaan menerajui PPM Lamag.

Menurutnya, cadangan mewujudkan Bandar Baharu Kinabatangan telah mendapat sokongan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang mahu melihat kawasan Kinabatangan membangun dibawah Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Semua ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa sokongan daripada Hajiji yang mahu Kinabatangan terus membangun,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, UPPM DUN Lamag terus bekerja membantu rakyat kawasan itu seperti yang dihasratkan oleh Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Hajiji mahu kawasan Kinabatangan terus menikmati pembangunan dan kemajuan seperti daerah-daerah lain.

“Kita ada perancangan serta misi dan visi untuk dipersembahkan kepada rakyat. Ini penting dalam memastikan pembangunan yang berlanjutan dan inklusif. Kerjasama dan kolaborasi antara semua pihak diperlukan untuk mencipta lingkungan yang menyokong kepada pertumbuhan ekonomi, peningkatan kualiti hidup, dan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat”, katanya.

Sehubungan dengan itu, Johainizamshah berharap penyukatan tanah itu dapat dibuat oleh pihak berwajib dalam tempoh terdekat.

“Saya berharap penyukatan tanah itu dapat dibuat oleh pihak berwajib dalam tempoh terdekat.

“Saya juga menyeru rakyat di kawasan DUN Lamag khususnya dan Kinabatangan khaskan terus memberikan sokongan kepada Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Hajiji,” ujarnya.

SOURCE: Sabah Media

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.