Beberapa kawasan di Sandakan, Kudat dilanda banjir 14 Januari 2015

Kickbola.net
Beberapa kawasan di Kudat, Sandakan dilanda banjir
Beberapa kawasan di Kudat, Sandakan dilanda banjir

Beberapa kawasan di Kudat dan Sandakan dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak malam tadi.

Hujan masih berlaku di sebahagian kawasan Daerah Sandakan, akibat daripada hujan lebat beserta angin kuat menyebabkan beberapa kawasan di Daerah Sandakan mengalami banjir.


Kelajuan angin di antara 40/60KM Sejam menyebabkan pusat meteorologi Sabah mengeluarkan amaran kepada bot-bot kecil untuk tidak melakukan sebarang aktiviti di kawasan laut.

Di Sandakan, antara kawasan terjejas ialah perumahan Taman Mawar, Taman Anggerik, Taman Fajar, Sim-Sim, Batu 1 1/5, Batu 12, Kampung Gum-Gum, Batu 16 dan Sepilok.

Jalan utama antara Batu 12 hingga ke Batu 16 turut dinaiki air, tetapi masih boleh dilalui oleh kenderaan.



Beberapa kejadian pokok tumbang dilaporkan turut berlaku, namun tidak membabitkan kemalangan jiwa atau kecederaan.

Di Kudat, kawasan pekan antara yang terjejas dan sebahagian kedai sudah dinaiki air susulan hujan lebat sejak kelmarin.

Difahamkan jalan menuju ke pekan termasuk Jalan Airport juga sudah dinaiki air selain Kampung Tamalang, Jalan Tai Cheong.


Pegawai Daerah Kudat, Sabdin Ibrahim, berkata bagaimanapun tiada pemindahan setakat ini dan pihaknya dengan kerjamasa polis serta bomba sentiasa melakukan pemantauan.

"Bagaimanapun, saya dimaklumkan ada tiga rumah di perkampungan atas air di Kampung Pengaraban, roboh awal pagi tadi. Namun semua penghuni rumah itu selamat," katanya ketika dihubungi BH di sini sebentar tadi.

Post a Comment

Previous Post Next Post