Warga emas rentung dalam kebakaran gara-gara jiran bertengkar sampai bakar tilam di Rumah Murah Kepayan

Suspek & keluarganya sempat menyelamatkan diri, tetapi warga emas rentung dalam tandas tingkat atas, manakala seorang ibu dan anaknya berusia 3 tahun melecur.
Warga emas rentung dalam kebakaran gara-gara jiran bergaduh sampai bakar tilam

Pertengkaran di antara seorang lelaki dengan ibu saudaranya yang menjadi tidak terkawal menyebabkan lelaki warga emas berusia 65 tahun yang juga jiran mereka, rentung dalam kebakaran.

D alam kejadian yang berlaku pada jam 12.10 awal pagi Isnin di Rumah Murah Kepayan, Kota Kinabalu, lelaki terbabit bertindak membakar tilam di biliknya menyebabkan api merebak ke rumah jiran.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, suspek bersama ahli keluarganya sempat menyelamatkan diri.

Namun, Liew Han Chong, 65, rentung dalam tandas di tingkat atas, manakala seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dan ibunya berusia 32 tahun, melecur.

31 anggota termasuk pegawai Bomba yang dikerahkan ke lokasi kejadian berjaya mengawal kebakaran dan api dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.56 pagi. 



Mangsa yang cedera diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Pemeriksaan di dalam rumah yang musnah terbakar menemukan mayat warga emas terbabit yang kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

 


Ekoran kejadian itu, polis menahan suspek berusia 20-an pada jam 4 pagi untuk disiasat mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat.

Sumber: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:

***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.