15 sistem pemantauan gempa bakal dipasang di Sabah - MP Ranau

Kickbola.net
15 sistem pemantauan gempa akan dipasang di Sabah
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



KUNDASANG: Sebanyak 15 lagi sistem pemantauan gempa bumi akan dipasang di Sabah dalam masa terdekat, termasuk lima di daerah Ranau, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ewon Ebin.

Beliau berkata, semalam kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM14.5 juta yang akan disalurkan ke Jabatan Meteorologi untuk menaik taraf serta menambah sistem pemantauan itu.

"Pada masa ini, terdapat 30 sistem pemantauan gempa bumi di negeri ini dan dua daripadanya terdapat di kawasan Ranau," katanya pada sidang media di sini hari ini. Sementara itu, Ewon yang juga Ahli Parlimen Ranau berkata, kerajaan bersetuju mempertimbangkan permohonan untuk membina sebuah lagi loji rawatan air di Ranau membabitkan kos berjumlah RM50 juta.

Beliau berkata, pembinaan loji baharu itu amat diperlukan kerana sumber air mentah ke Loji Rawatan Air Bambangan Ranau dari Sungai Liwagu tidak berkualiti dan berlumpur sekiranya hujan di kawasan Kundasang.

Picture
MENTERI Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ewon Ebin meninjau tanah runtuh akibat banjir kilat di Kampung Mesilau, baru-baru ini. - Foto BERNAMA

"Air Sungai Liwagu mengalir dari Sungai Mesilau di Kundasang yang mempunyai aktiviti penanaman sayur dan menggunakan baja serta racun serangga yang akan mengalir ke dalam sungai," katanya.

Ewon berkata, pada mesyuarat Kabinet semalam, kerajaan juga bersetuju untuk melaksanakan satu kajian terperinci oleh Jabatan Mineral dan Geosains terhadap lombong Mamut Ranau.

Beliau berkata, ini berikutan kebimbangan berlakunya rekahan pada tepi kawasan lombong akibat gempa bumi.

"Kita risau kalau ada lagi gempa bumi kuat berkemungkinan boleh menyebabkan tepi kawasan lombong dengan kapasiti air 22.6 meter padu akan runtuh.

"Ia boleh mengakibatkan kesan buruk dalam kalangan penduduk kampung yang tinggal di bawah kawasan lombong itu," katanya. - BERNAMA 9

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.