KOTA KINABALU 13 Jun - Satu gegaran kuat dirasai di sekitar Kota Kinabalu pada pukul 2.33 pagi ini.
Gegaran sederhana berskala 5.1 richter mengegarkan beberapa daerah di negeri ini kira kira pukul. 2.29 pagi tadi.Gegaran itu dirasai di ranau, kota belud, kota marudu, tuaran, kota kinabalu, papar dan beberapa lagi kawasan di pantai barat sabah.
Berdasarkan maklumat di perolehi, gegaran berkenaan turut dirasai di negara jiran, Brunei Darussalam.
Ketika mengesahkan kejadian gempa berkenaan, pengarah meteorologi sabah abd malik tussin menyatakan gempa terbaharu yang direkodkan itu adalah paling kuat selepas gempa 5.9 skala richter pada 5 jun lepas yang berpusat di ranau. Setakat pukul 5.40 pagi tadi, sebanyak 75 gempa susulan direkodkan met.
Tinjauan Kru berita RTM di ranau mendapati penduduk kampung keluar dari rumah masing-masing dan berkumpul di tempat lapang. Mereka juga memaklumkan mendengar bunyi dipercayai runtuhan bongkah batu dari gunung kinabalu.
Ketika dihubungi rtm Ketua Balai Bomba Ranau, Jimmy Lagung memberitahu, pihaknya sentiasa bersiapsiaga terhadap sebarang laporan yang diterima daripada orang awam..
Gegaran itu menyebabkan orang ramai khususnya yang tinggal di pangsapuri sekitar bandar raya ini terjaga dan berkumpul di kawasan lapang sebagai langkah-langkah keselamatan keselamatan.
Sehingga 2.45 pagi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri telah menerima 12 panggilan kecemasan.
Dalam masa 5 minit 2 kali gegaran dicatatkan.
Menurut laman web Jabatan Kaji Ukur Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran dengan magnitud 5.2 pada skala Richter dikesan 28 kilometer ke utara Ranau pada pukul 2.29 pagi tadi.
Post a Comment