Kota Kinabalu: Empat pelancong warga asing termasuk dua wanita dijatuhi hukuman penjara tiga hari dan denda RM5,000 setiap seorang selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berbogel di puncak Gunung Kinabalu, Mei lalu, di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.
Tertuduh Eleanor Grace Hawkins, 23, Lindsey Peterson, 23, Dylan Thomas Snel, 23, dan Daniella Anne Louisa Peterson, 22, didakwa melakukan perbuatan itu pada 30 Mei lalu, kira-kira 6.45 pagi ketika berada di puncak gunung tersebut.Mengikut pertuduhan, Eleanor dan Daniella menanggalkan baju dan bra, manakala Lindsey dan Dylan didakwa berbogel sepenuhnya bersama enam individu yang lain.
Sehubungan itu, semua mereka didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Hakim Dean Wayne Daley memutuskan semua tertuduh dijatuhkan hukuman penjara dari tarikh ditahan pada 9 Jun lalu.
Selain itu, tertuduh juga berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda yang dikenakan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Jamil Aripin manakala tertuduh diwakili peguam Ronny Cham.
KOTA KINABALU – Mahkamah Majistret hari ini membenarkan permohoan polis untuk menahan reman empat pelancong asing dari Eropah bagi membantu siasatan dakwaan melakukan aksi lucah di atas puncak Gunung Kinabalu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 294 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan dan denda atau kedua-duanya sekali.
Keempat-empat suspek bogel di Gunung Kinabalu yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu ditahan reman selama empat hari untuk siasatan.
Mengikut fakta kes, seorang pengadu membuat laporan pada 2 Jun lepas di Balai Polis Ranau yang mendakwa terdapat 10 orang pelancong berbogel di atas puncak gunung tersebut.
Perbuatan aksi lucah itu yang turut membabitkan pasangan adik beradik, kemudian menjadi viral di laman sosial internet.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abd Rahman dalam sidang media di Ibupejabat Polis Kontinjen Sabah, berkata suspek pertama seorang wanita berumur 24 tahun ditangkap ketika di Lapangan Terbang Tawau pada kira-kira jam 12 tengahari semalam.
“Pada hari yang sama, tiga lagi rakannya iaitu dua lelaki dan seorang wanita berumur antara 22 dan 23 tahun ditahan selepas mereka menyerah diri di Ibupejabat Polis Daerah Kota Kinabalu pada jam 6 petang,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa para malim gunung dan kakitangan Taman Sabah agar segera melaporkan kepada polis sekiranya terdapat pelancong atau pendaki yang melakukan aksi lucah di tempat awam.
Pelancong Eropah dibawa keluar selepas polis mendapat perintah tahanan reman dari Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pagi tadi. - Foto Ille Tugimin / sayangsabah Pelancong Eropah dibawa keluar selepas polis mendapat perintah tahanan reman dari Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pagi tadi. – Foto Ille Tugimin / sayangsabah
Empat Pelancong Asing Tanggal Pakaian di Gunung Kinabalu Bakal Didakwa
Tiga lagi pelancong asing yang dipercayai berbogel di puncak Gunung Kinabalu, 30 Mei lalu, ditahan polis, petang semalam. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata tiga suspek terbabit ditahan polis selepas semua mereka menyerah diri di Balai Polis Karamunsing, kira-kira jam 6 petang.
Empat pelancong warga asing bakal didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan berbogel dan membuang air kecil di puncak Gunung Kinabalu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata empat berkenaan yang terdiri daripada dua wanita dan dua lelaki dijangka akan dibawa ke mahkamah kira-kira pukul 10.30 pagi.
Wanita pertama, warga Britain, ditangkap di lapangan terbang Tawau pada Selasa.
Sementara itu dua lagi rakyat Kanada dan seorang warga Belanda menyerah diri di Balai Polis Karamunsing kira-kira pukul 6 petang hari yang sama.
Selain itu Jalaluddin berkata, jumlah angka kematian berikutan gempa bumi di Gunung Kinabalu pada 5 Jun disahkan sebagai 18 mangsa.
“Bahagian-bahagian badan kedua-dua rakyat Singapura lepas dilaporkan hilang sebelum ini telah dijumpai dan kami sedang menunggu laporan DNA daripada keluarga sebelum mereka boleh kembali,” katanya.
Polis sebelum ini berkata sekumpulan pelancong asing berbogel di puncak gunung yang dianggap suci bagi rakyat Sabah akan didakwa kerana menyebabkan gangguan awam..
Post a Comment