Jabatan Perhutanan Sabah Diminta Siasat Kayu Balak Ranau

(Gambar) Jabatan Perhutanan Diminta Siasat Kayu Balak Ranau. Kawasan di sekitar Daerah Ranau mengalami masalah bekalan air disebabkan loji penapisan air di Pekan Ranau terpaksa ditutup bagi kerja-kerja pembersihan mendapan/longgokan sisa pepejal/kayu. Diharap para penduduk bersabar dengan keadaan ini dan mengambil langkah menjimatkan penggunaan air.Jabatan Perhutanan Sabah perlu segera menyiasat bagaimana longgokan kayu balak yang menyebabkan loji air di Ranau terganggu. Jika wujud unsur pembalakan haram atau kecuaian mana-mana pihak, pihak tersebut harus dibawa ke muka pengadilan.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Banjir lumpur di sungai Masilau dan sungai Liwagu di sini yang turut membawa jumlah kayu balak yang banyak sehingga merosakkan beberapa jambatan dan Loji Rawatan Air Kimolohing, mendapat perhatian Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Karanaan mahu siasatan dilakukan bagi mengenal pasti dari mana datangnya kayu balak tersebut.

Beliau berkata Jabatan Perhutanan Sabah perlu menjalankan siasatan jika berlaku penebangan kayu balak secara haram di kawasan Hutan Simpan di daerah itu khususnya di sepanjang kedua-dua sungai tersebut.

“Kemungkinan juga kayu balak tersebut datang dari aktiviti pembersihan tanah milik persendirian.

Picture
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman membuat lawatan di Kimolohing Water Intake, Loji Penapisan Air Ranau untuk melihat sendiri keadaan dan mengambil tindakan susulan untuk pemulihan segera intake tersebut.

“Keadaan kayu balak tersebut ditebang dengan baik, kemungkinan ada orang curi kayu balak,” katanya pada taklimat Jawatankuasa Bencana Daerah Ranau yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Ranau Faimin Kimin di sini, Rabu.

Banjir lumpur yang turut membawa kayu balak itu dalam jumlah yang banyak menyebabkan dua jambatan di Masilau Kundasang rosak dan Loji Rawatan Kimolohing dekat sini tidak dapat digunakan menyebabkan bekalan air paip terputus.

Sementara itu, Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Jamili Nais yang turut hadir pada taklimat itu, memberi jaminan tidak berlaku sebarang penebangan kayu balak secara haram di kawasan Taman Kinabalu. BERNAMA

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post