Lelaki Warga Eropah Rakan Suspek Tanggal Pakaian Ditahan di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu KKIA

Kickbola.net
SEORANG lelaki warganegara Eropah yang dipercayai rakan kepada 10 pelancong asing yang melakukan aksi tidak senonoh di puncak Gunung Kinabalu ditahan oleh pihak berkuasa di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) hari ini. - Foto Mohd Adam Arinin
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Akhirnya..Rakan kumpulan tanggal pakaian di Gunung Kinabalu Sabah ditahan

Kota Kinabalu: Polis sahkan seorang lelaki warga Eropah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes sepuluh pelancong yang didapati melakukan perbuatan biadap dengan tindakan berbogel di puncak gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) Terminal Dua, 4.10 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Sallehuddin Abd Rahman dalam kenyataannya melalui aplikasi Whatsapp mengesahkan perkara itu dan mendedahkan individu berkenaan baru sahaja tiba di Kota Kinabalu dari daerah Tawau menggunakan penerbangan Air Asia sebelum dijadualkan berlepas ke negara Filipina.


"Siasatan awal mendapati individu yang berusia 38 tahun itu bukan suspek bogel kerana ketika rakaman gambar itu diambil, dia berada di bahagian lain gunung berkenaan.


"Individu itu akan dibebaskan sebaik keterangannya diambil oleh polis berhubung kejadian berkenaan," katanya.



Terdahulu, pada 30 Mei lalu, sepuluh pendaki warga Eropah mengikuti aktiviti mendaki gunung Kinabalu sebelum ini dikenal pasti membuka pakaian lalu berbogel di kilometer lapan gunung berkenaan dan tindakan itu menimbulkan kemarahan orang ramai sehingga ada yang menyalahkan mereka sebagai punca kejadian gempa bumi di Sabah pada Jumaat lalu.


WIRAKU SI MALIM GUNUNG Musibah datang tanpa diduga, Bumi bergegar gegak gempita, Ada yang terpinga, ada juga bertanya, Apakah ini sebuah petanda, Si kulit putih itu punya angkara, Berbuat cela dan membawa celaka, Lantas Aki Nabalu menjadi murka.

Duhai hati berasa rawan, Ada nestapa di sebalik awan, Donkey Ear lambang kemegahan, Tertewas tika dilanda gegaran. Ada bongkah jatuh berguguran, Jatuh menimpa di perlimbahan, Hingga ada yang terkorban.

Mana yang selamat terus bertahan, Hendak turun ada halangan, Rosak terputus jalan laluan, Hanya pasrah menanti bantuan, Pasrah didakap rasa kedinginan. Satu saat bagaikan seabad, Bantuan diharap janganlah lambat, Lantaran cuaca tidak sepakat, Bantuan sukar kunjung mendekat.

Di situlah bangkit sebuah kudrat, Malim gunung dengan saf yang rapat, Memberi bantuan menjadi niat, Walaupun dugaan ditempuh hebat.

Peralatan canggih tiada di tangan, Hanya pengalaman jadi pedoman, Tanpa hiraukan keselamatan diri, Terus mendaki terus mencari; Ada mangsa yang rebah, dipapah Ada mangsa yang takut, disikut Ada mangsa yang dingin, dipangkin Ada mangsa tak larat, diangkat Apa jua kaedahnya, Malim gunung tetap mara, Sekalipun bumi masih bergegar, Semua mangsa mesti dikejar, Sehingga ada kisah yang tragis, Hendak ku tulis, air mata menitis, Hanya ku panjat serumpun doa, Moga dia tenang di sana.

Itulah malim gunung, Walaupun jawatannya tidak agung, Mereka tidak minta disanjung, Jauh sekali bersifat sombong; Mereka membantu pendaki yang bingung, Menegur pendaki yang terpesong, Tetapi dirinya jua yang digonggong. Malim gunung hatinya sabar, Malim gunung tak akan gentar, Malim gunung bukan pendekar, Namun dialah wira sebenar. - Nukilan Kasman Kassim

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.