MH370

Terkini
.

(Video) Isu Bogel : Eleanor Hawkins Buat Permohonan Maaf kepada Penduduk Sabah

Kickbola.net
(Video) Isu Bogel : Warga Britain Buat Permohonan Maaf Bersama Ibu & Ayah | Bercakap kepada Media-media UK, Eleanor Hawkins Mengaku, Akun akan kesalahan tindakan bodoh berbogel di atas Gunung Kinabalu dan Memohon maaf kepada penduduk Sabah atas kelakuan tidak senonohnya!
(Video) Isu Bogel : Warga Britain Buat Permohonan Maaf Bersama Ibu & Ayah

LONDON: Salah seorang pelancong wanita yang berbogel di Gunung Kinabalu baru-baru ini meminta maaf dalam satu video setelah dihantar pulang dari Malaysia.


Wanita warga Britain itu, Eleanor Hawkins, 23, membuat kenyataan memohon maaf itu bersama ibu dan ayahnya.

"Saya sedar sudah berkelakuan bodoh dan tahu kesilapan itu telah memberi kesan kepada penduduk di Sabah. Untuk itu, saya sesungguhnya memohon maaf," jelas Hawkins di luar kediamannya di Draycott, England.

Eleanor tiba di Lapangan Terbang Heathrow, London pada pagi Ahad.

Ibu Eleanor, Ruth berkata anaknya telah diadili dan dihakimi oleh pihak berkuasa Malaysia dan menjalani hukuman sepenuhnya.

"Dia sedar apa yang dilakukan itu adalah salah dan tidak menghormati dan...dia telah sewajarnya dan adil dihakimi oleh pihak berkuasa Malaysia dan menjalani hukuman sepenuhnya."

Empat pelancong yang berbogel di Gunung Kinabalu telah mengaku bersalah dan didenda sebanyak RM5,000 serta penjara tiga hari oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu bermula pada Selasa lepas.



(Video) Isu Bogel : Eleanor Hawkins Buat Permohonan Maaf kepada Penduduk Sabah Reviewed by admin Ucop on 9:35 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.