TAKZIAH. Anggota Bomba Mendiang Apolos Jeremos, 25 daripada BBP Sandakan telah meninggal dunia di Hospital Duchess Of Kent, Sandakan. Mendiang terkena renjetan elektrik dari sambungan pendawaian haram semasa ops memadam api belukar di Sandakan. Mendiang turut terlibat dengan tugasan Ops Mencari & Menyelamat ketika kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu.
Seorang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan bernama APOLOS JEREMOS, telah terkena renjatan elektrik yang dipercayai dari pendawaian haram semasa operasi memadam kebakaran belukar/hutan di Taman kenari batu 7 Sandakan.Mendiang Disahkan meninggal dunia di hospital Sandakan.
Isteri dan keluarga beliau telah dimaklumkan.
Operasi pemadaman ini bermula dari jam 3 petang dan sehingga sekarang (jam 6.00ptg) belum dipadamkan.
Siasatan awal mendapati wayar elektrik adalah penyambungan haram dari sebuah rumah pam ke rumah setinggan.
Menurut Dato' Abdul Rahman Dahlan selaku menteri yang bertanggungjawab, Beliau merasa kecewa dan kesal kerana angkara perbuatan salah orang lain telah menyebabkan anggota Bomba-nya terkorban.
Beliau juga menambah "Kita kena belajar dari insiden yang menyayat hati ini.''.
Janganlah buat pendawaian haram.
Kesian orang lain yang berhati mulia, menerima kesan atas 'kesilapan' kita...
Semoga keluarga PB ini tabah menerima dugaan.
Harap-harap pihak berwajib segerakan bantuan kebajikan kepada mereka.
Post a Comment