Homestay menarik di Kg. Luanti Ranau, Sabah. Harganya juga murah antara RM 48 - RM 150 untuk satu malam.! RUMAH berbentuk Luping Tagaman dengan ukiran suku kaum Bajau Semporna.
Inap desa gong, tempayan
Kampung Luanti, mungkin ada yang sudah pergi dan mungkin ada juga yang belum.Inilah keunikan bentuk rumah dan penginapan, sesuai untuk dijadikan sebagai home stay buat pengunjung.
LUANTI, Ranau: Deretan rumah berbentuk gong dan tempayan gergasi pasti mencuit pandangan sesiapa saja yang melalui Kampung Luanti, di sini, apabila kelihatan sangat unik selain berwarna-warni dan dihias cantik.Namun, struktur itu bukan binaan arca gergasi, sebaliknya deretan inap desa yang diilhamkan anak jati tempatan untuk memperkenalkan alat tradisional tempatan dengan cara berbeza.
Menurut pemilik Homestay Tagal Luanti, Jeffrin Majangki, 48, idea mencipta bentuk inap desa unik itu satu usaha memperkenalkan kekayaan adat dan budaya di negara ini kepada pengunjung terutama pelancong asing.
“Saya mahu pelancong sedar masyarakat negara ini mempunyai latar belakang budaya berbeza tetapi mampu hidup bawah satu bumbung.
“Selain inap desa yang berbentuk gong dan tempayan, saya turut membina beberapa model berkonsepkan rumah tradisional penduduk di Semenanjung,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Mempromosikan pelancongan di Negeri Sabah
Terletak di Kg. Luanti Ranau. Homestay yang sangat unik & cantik bersesuaian dengan harga penginapan semalam diantara RM 58 hingga RM150.Selain daripada homestay yg menarik tempat ini juga mempunyai 'fish spa' yang menjadi kegilaan rakyat Sabah. Jangan lepaskan peluang, silalah berkunjung ke kampung Luanti untuk merasa sendiri ketenangan dan keseronokan disini.
Jangan terlepas peluang untuk singgah menikmati keunikan yang hanya terdapat di Ranau, Sabah.
Untuk Maklumat Lanjut anda bolehlah menghubungi En. Jeffrin Majangki di talian 088-876988 / 016-8066598
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment