8 remaja ditahan Kes Samun bersenjata

Kickbola.net
Antara barangan yang dirampas daripada suspek remaja berkenaan. – Foto Polis Daerah Kota Kinabalu
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



KOTA KINABALU – Lapan orang remaja termasuk dua wanita ditahan secara berasingan di sekitar bandaraya ini setelah dipercayai terlibat dalam satu kejadian kes samun bersenjata yang berlaku berhampiran Hotel Ming Garden di sini pada Jumaat lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, remaja berumur antara 15 hingga 21 tahun yang terdiri empat rakyat tempatan dan empat warga asing itu juga dipercayai terbabit dengan tiga lagi kes samun berasingan lain melibatkan kerugian RM2,750.

“Polis turut merampas tiga telefon bimbit, sebilah pisau pemotong daging, sebuah beg sandang dan topi daripada kesemua suspek remaja yang ditahan pada 21 dan 22 Ogos di lokasi berasingan di bandaraya ini,” katanya pada sidang media di Ibupejabat Polis Daerah, Karamunsing di sini pada Ahad. Pemeriksaan lanjut terhadap remaja terbabit didapati tiada rekod kesalahan lampau dan ujian saringan air kencing juga negatif dadah.


Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam Jumaat, mangsa seorang remaja tempatan berumur 17 tahun sedang berjalan berhampiran Hotel Ming Garden sebelum disamun oleh suspek menggunakan sebilah parang yang mengarahkan mangsa menyerahkan wang tunai serta barangan lain termasuk telefon bimbit, kasut dan tali pinggang yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM250.

Kesemua remaja yang ditahan itu disiasat di bawah Seksyen 395 / 397 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat. Sementara itu, dalam kejadian berasingan, tujuh remaja lelaki berumur 14 hingga 16 tahun ditahan setelah disyaki terlibat dalam kejadian samun terhadap sepasang kekasih di sebuah kawasan di Tanjung Lipat, Likas pada 20 Ogos lepas.

“Mangsa lelaki sedang berbual dengan teman wanitanya sebelum datang tujuh lelaki yang kemudian bertindak menumbuk dan menendang mangsa sebelum melarikan beg pakaian mangsa dan telefon bimbit,” katanya sambil menambah seorang remaja berumur 14 tahun berjaya ditangkap sendiri oleh mangsa lalu diserahkan kepada polis.

 Kesemua suspek remaja yang ditahan di sekitar bandaraya ini pada 21 dan 22 Ogos itu juga merupakan pelajar sekolah dan pemeriksaan lanjut mendapati tiada rekod jenayah lampau dan negatif dalam ujian dadah. “Remaja ini juga mengakui terlibat dengan beberapa kes samun lampau dan polis masih menjalankan siasatan terperinci di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.