Bolasepak Wanita Sabah belasah Negeri Sembilan 16 berbalas 0

Majlis Penyerahan Bendera Pasukan Bola Sepak Wanita Sabah - YB Datuk Haji Tawfiq Hj Abu Bakar Titingan serah bendera kepada kontinjen bolasepak wanita. Majlis Penyerahan Bendera Pasukan Bola Sepak Wanita Sabah Majlis Penyerahan Bendera Pasukan Bola Sepak Wanita Sabah menyertai kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah di Kuala Lumpur di sempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Titingan di pejabat kementerian Wisma Muis.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Bolasepak Wanita : Sabah Berpesta Gol

Pasukan Bolasepak Wanita Negeri Sabah memulakan kempen memburu kejuaraan Piala Tun Sharifah Rodziah 2015 pada ahad Cemerlang apabila membelasah Pasukan Negeri Sembilan dengan jumlah jaringan gol yang besar iaitu SABAH ( 16 ) berbalas (0 ).

Perbezaan jumlah gol yang luarbiasa ini adalah satu perkembangan yang positif untuk pasukan bolasepak wanita Sabah mempertahankan gelaran juara yang disandang pada edisi terdahulu.

Kejohanan bolasepak wanita mulai diperkenalkan pada tahun 1976 dengan nama Kejohanan Bola Sepak Wanita Antara Negeri, merupakan cetusan idea isteri bekas Perdana Menteri yang pertama, Tun Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah yang merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Wanita Malaysia (PBWM) ketika itu.

Sementara untuk rekod, Sabah merupakan pemenang terbanyak kejohanan iaitu sebanyak 11 kali pada 1988, 1991, 1992, 1993, 1994, 1995, 1996, 1997, 1998, 2003 dan 2004.

Rangkuman hari pertama saingan Piala Tun Sharifah Rodziah 2015.


Hari 1: Piala Tun Sharifah Rodziah 2015

Aksi hari pertama menyaksikan juara bertahan Piala Tun Sharifah Rodziah Sabah menunjukkan taring dengan membelasah Negeri Sembilan 16-0 bagi Kumpulan A.

Sementara itu, pada satu lagi perlawanan Kumpulan A, Selangor berjaya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Pulau Pinang.

Saingan Kumpulan B pula didahului oleh Pahang yang berjaya menundukkan ATM 2-0 manakala pasukan baharu pada edisi tahun ini, MISC-MIFA mengejutkan naib juara PDRM 1-0.

KEPUTUSAN HARI INI


KUMPULAN A

PULAU PINANG 0
SELANGOR 1
Nur Fazira Muhammad Sani m-34

SABAH 16
Nor Athirah Mamat m-6, m-17, m-26, m-66, m-71,
Jaciah Jumilis m-10,
Thera Delstey Thomas m-16, m-21, m-39, m-41,
Nuraziela Ali Jainal m-23,
Rosdiana Deline Jerus m-28,
Siti Nurfaizah Saidin m-34,
Zaffeka Zakaria m-40, m-64,
Zaryatie Zakaria m-72

NEGERI SEMBILAN 0


KUMPULAN B

ATM 0
PAHANG 2
Noradilah Idrus m-6 & m-14,

PDRM 0
MISC-MIFA 1
Rozeini Dusileh m-70


JADUAL ESOK (ISNIN, 3 OGOS)

4.45 ptg: ATM lwn PDRM (Padang A, UKM)

4.45 ptg: MISC-MIFA lwn Perak (Padang B, UKM)

4.45 ptg: Sabah lwn Pulau Pinang (Padang C, UKM)

4.45 ptg: Selangor lwn Sarawak (Padang ILKAP)

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.