Caj Penghantaran Sayur Meningkat, Peniaga Kundasang Rayu Jambatan Mesilou Disegerakan

Kos Meningkat, Peniaga Sayur Kundasang Rayu Jambatan Disegerakan - Kerosakan jambatan di beberapa kawasan termasuk yang menghubungkan Kampung Mesilou dengan Kundasang menyebabkan pembekal sayur-sayuran mengenakan caj penghantaran lebih tinggi daripada biasa.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Caj Penghantaran Sayur Lebih Tinggi Akibat Jambatan Rosak

Jambatan Dihanyut Banjir, Peniaga Sayur rayu Percepatkan usaha jambatan baru kerana Caj Penghantaran Sayur Meningkat

Kerosakan jambatan di beberapa kawasan termasuk yang menghubungkan Kampung Mesilou dengan Kundasang menyebabkan pembekal sayur-sayuran mengenakan caj penghantaran lebih tinggi daripada biasa.

Jambatan-jambatan itu ranap dihanyut banjir lumpur berikutan gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter yang melanda Sabah Jun lepas.

Astilinah Wasimin, 42, seorang daripada penjual sayur-sayuran di sini berkata pembekal terpaksa berbuat demikian kerana laluan menghantar bekalan yang digunakan ketika ini lebih jauh daripada laluan biasa.


Ketika ditemui Bernama di gerai sayur miliknya di sini, Astilinah berkata pembekal terpaksa mengambil laluan alternatif termasuk melalui Jalan Lipasu, Kampung Kibbas di Ranau, iaitu kira-kira 20 kilometer dari Kundasang.

“Kenderaan yang boleh memasuki kawasan untuk mengambil dan menghantar bekalan sayur juga terhad, hanya mereka yang mempunyai kenderaan pacuan empat roda sahaja boleh masuk (kawasan itu).

“Atas sebab itu, mereka terpaksa mengenakan caj (tambang) penghantaran dari 70 sen dan ke atas; bagi semua jenis sayur berbanding sebelum ini; dari 20 sen ke 25 sen sahaja sekilogram,” katanya.

Turut mengalami nasib sama ialah Johnious Rasin, 50, yang mahu jambatan dibaiki dan disiapkan segera supaya keadaan kembali pulih seperti biasa.


Sementara itu, Rahina Kaimi, 33, pula berharap pelancong tidak lagi risau untuk ke Kundasang kerana keadaan sudah semakin stabil.

Pada 6 Julai lalu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Jabatan Kerja Raya Sabah dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia akan menempatkan ‘jambatan Bailey’ bagi menggantikan satu daripada jambatan yang hanyut ketika banjir lumpur di Sungai Mesilou.

Fadillah berkata kerja membina jambatan sementara itu sedang dijalankan dan berharap, apabila jambatan itu sudah siap sepenuhnya, ia memudahkan pergerakan penduduk dan kos menghantar bekalan serta hasil pertanian akan lebih murah.— BERNAMA

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.