Coretan terakhir buat abang rilek.
Seorang penjual topi keledar yang terkenal dalam kalangan penunggang motosikal di negara ini sempat mengemaskini status di Facebooknya beberapa jam sebelum terbabit kemalangan dan meninggal dunia petang tadi.
Allahyarham Fauzi Tahir, 33, membuat coretan ‘tenang2 .... xlari melaka tu.... jap lg sy sampai yek..... senafas j .... klu jem buat relax buat chill2.....’ di Facebooknya dengan gambarnya di kedai makan.Penunggang motosikal berkuasa tinggi itu maut selepas melanggar bahagian belakang lori kontraktor pembersihan lebuh raya dalam kejadian di Kilometer (KM) 34.6 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) 1.40 petang tadi.
Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang berkonvoi bersama 10 lagi motosikal berkuasa tinggi dari Klang, Selangor ke Melaka.
"Sebaik tiba di tempat kejadian mangsa terlanggar bahagian belakang lori kontraktor pembersihan lebuh raya yang sedang melaksanakan kerja-kerja pembersihan.
"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian badan dan kepala serta meninggal dunia di tempat kejadian,"katanya ketika dihubungi di sini.
Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Kami juga memohon saksi kejadian supaya menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mirzal Maliki atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di talian 03-87774222,"katanya.
"The legend never die,they always live in our memory"
Al-Fatihah untuk idola permotoran malaysia..(Fauzi Tahir) antara penjual helmet terkenal dan sangat peramah..Beliau meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan di Kilometer(KM) 34.6 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan tengah (ELITE) 1.40 semasa berkonvoi dari klang ke melaka..
Marilah kite beramai-ramai sedekahkan al-fatihah kepada arwah..
#Antara kata manis beliau dalam perniagaan.
"Dalam niaga,kita kena cari ramai kawan,bukan lawan"
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Amin.. #Al-Fatihah
Jenazah selamat dikebumikan...
semoga rohnya ditempatkan dikalangan org-2 yang beriman..
arwah meninggalkan seorang isteri dan 3orang anak yang masih kecil...semoga allah permudahkan urusan keluarga beliau di hari mendatang..
Arwah antara perniaga yg patut dicontohi kerana bersikap sangat jujur dan bertolak ansur..
Start berniaga kecil-kecilan rumah dan online..Tetapi kini arwah telah memiliki sebuah kedai dan beberapa org staff di jalan kebun..Inilah insan yang patut (mat rempit/matmoto) contohi..Dari ZERO to HERO....AL-FATIHAH untuk arwah #FauziTahir...Permergianmu amat dirasai peminat permotoran tanah air..
Harap post ini dapat meningkatkan lagi jemaah untuk sedekahkn al-fatihah kepada arwah..
"more you give,more you get"
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment