Ummu Shaikhah Stacy Anam buka MTV World Stage 2015!

Kickbola.net
Rezeki Bertambah! MTV umum Stacy buka MTV World Stage 2015
Ummu Shaikhah Stacy Anam buka MTV World Stage 2015!

MTV memilih Ummu Shaikhah Stacy Anam atau Stacy, 25, sebagai artis pembuka untuk persembahan di MTV World Stage 2015 di Sunway Lagoon, Bandar Sunway, 12 September ini.

Acara berprestij itu juga bakal menampilkan penyanyi Amerika Syarikat (AS), Jason Derulo; Carly Rae Jepsen (Kanada); Apink (Korea Selatan) dan Sekai No Owari (Jepun).

Stacy menjadi pilihan peminat dari negara ini di Asia menerusi undian #MostWantedAct yang dibuka MTV tidak lama dulu bagi menentukan siapa penyanyi tempatan paling dikehendaki beraksi di acara antarabangsa itu.


"Saya sangat teruja dan berdebar sebaik dimaklumkan akan diberikan peluang keemasan oleh MTV itu.

"Terima kasih MTV dan peminat saya yang merealisasikan serta mengundi untuk #MostWantedAct," kata juara Akademi Fantasia musim keenam itu.

Turut diumumkan, tiga individu bertuah yang bakal mengemudikan liputan perjalanan acara berkenaan iaitu Farah Firzanah Muhamad Murshid (MTV Breaks Content Creator), Tan Han Hui (MTV Breaks Motion Graphics Designer), dan Aizat Ady Ikram Abdull Ropha (MTV Breaks Photographer).

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.