28 Ogos 2015 - YB Datuk Seri Panglima Hishammuddin Tun Hussein hadir ke Kundasang, Sabah dalam Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia - Media Prima bagi membaiki rumah-rumah penduduk yang rosak akibat gempa.
Turut hadir YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun II, Ketua UMNO Bahagian Ranau yang juga mewakili YAB Ketua Menteri Sabah.Dalam perjalanan balik, beliau sempat meminta pemandu untuk singgah bertemu para penjual dan warga tempatan di Gerai-gerai Sayuran dan Buah-buahan serta tamu (Situr) tepi jalan.
Melihat apa yang berlaku, kami yakin kejutan lawatan ini mempunyai nilai dan makna tersendiri kepada warga Kundasang yang berkesempatan bertemu dengan pemimpin ini.
Puan ini menghadiahkan Hishammuddin Hussein kayu manis sebagai tanda kenangan dan sebagai tanda terima kasih, Hishammuddin Hussein menghadiahkan pula topi personal yang dipakai oleh beliau kepada Puan ini
Pemimpin yang tidak pernah kekok bertemu rakyat walau di mana jua, sangat mesra dan natural.
Post a Comment