Foto Ayah Rela Basah Demi Sang Anak Agar Tidak Kehujanan
Sejauh mana cinta dan kasih sayang kita terhadap insan yang bergelar ayah? Baru-baru ini jutaan netizen terharu dengan foto seorang ayah yang rela kehujanan bagi melindungi anaknya daripada terkena air hujan.
Dalam foto tersebut, ayah itu dilihat memayungi anaknya yang masih kecil, sementara tubuhnya dibiarkan basah kuyup terkena air hujan.Semua itu dilakukan agar anaknya tidak kehujanan bagi megelakkan si anak jatuh sakit.
Ayah yang dikenali sebagai Eumine Choi dilihat menempuhi hujan dan memayungi anaknya di kota New York, pada hari Khamis (10/9).
Banyak netizen yang memuji tindakan yang dilakukan ayah ini. Mereka berharap agar anak tersebut dapat melihat foto ini setelah besar nanti , dan sedar betapa beruntungnya dapat memiliki seorang ayah seperti Choi.
Pastinya insan ini tidak layak digantikan oleh sesiapapun. Beliaulah yang akan selalu menjadi orang paling penting dalam kehidupan kita dan seharusnya kita perlu kenang kembali betapa besar dan tulusnya pengorbanan mereka dalam memberikan keselesaan yang secukupnya kepada kita dan kasih sayang yang tidak terhingga.
Sekeping gambar yang memaparkan seorang ayah yang memayungi anak lelakinya daripada terkena air hujan mendapat perhatian pengguna dunia maya.
Gambar yang dimuatnaik Eumine ke Reddit itu disertakan sekali dengan kapsyen, “Semoga anak kecil itu sedar betapa untungnya dia mendapat perlindungan dan kasih-sayang seorang insan bernama ayah apabila sudah dewasa nanti dan jangan lupa balas budi”.
Tujuan Eumine memuatnaik gambar itu hanya ingin menunjukkan apa yang baru dilihat kepada kawan-kawannya. Eumine sangat tersentuh apabila melihat lelaki itu sanggup dibasahi hujan semata-mata ingin memberikan perlindungan kepada anaknya.
Kelihatan si ayah membawa bag dan makanan di tangan kirinya. Sementara tangan kanannya pula memegang payung untuk anak lelakinya yang berjalan di sisinya. Dia membiarkan sahaja air hujan membasahi dirinya dirinya dan payung yang digenggamnya digunakan hanya untuk melindungi anak kecilnya itu.
Eumine sendiri tidak menyangka sekeping gambar yang dimuatnaiknya itu menarik perhatian jutaan netizen.
Seorang insan yang bergelar ayah pasti akan memberikan yang terbaik untuk buah hatinya. Dia akan selalu memastikan buah hatinya berada dalam keadaan yang sempurna dan terjaga.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment