Lelaki kemalangan teruk di Jalan Lintas Kolombong

Kickbola.net
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu sebuah kenderaan yang remuk.
Akibat memandu laju

KOTA KINABALU – Seorang lelaki mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dada selepas kenderaan jenis Honda Civic yang dipandunya terbabit dalam kemalangan jalanraya di Jalan Lintas berhampiran stesen minyak Shell, Jalan Lintas Kolombong di sini kira-kira jam 6.20 pagi hari Selasa.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra, siasatan polis mendapati mangsa yang berumur 38 tahun itu sedang memandu secara bersendirian dari arah Inanam menuju ke Penampang.
“Ketika tiba di tempat lokasi kejadian, kenderaan lelaki itu hilang kawalan lalu terbabas ke atas  pembahagi jalan sebelum terlanggar sebatang pokok mengakibatkan mangsa tersepit,” katanya di sini hari ini.


Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu sebuah kenderaan yang remuk.


Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Chong Su Bui itu bagaimanapun gagal diselamatkan apabila meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Queen Elizabeth 2 pada jam 7.30 pagi Selasa akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan dada.


“Siasatan awal polis juga mendapati kejadian disebabkan kecuaian pemandu yang dipercayai memandu dengan laju dan gagal mengawal kenderaan sehingga berlakunya kemalangan,” katanya lagi.


Post a Comment

Previous Post Next Post