KOTA KINABALU – Seramai 50 pendaki yang melakukan pra-pendakian ke Gunung Kinabalu di sini semalam melahirkan rasa teruja menjadi kelompok pertama mendaki gunung tersebut sebelum dibuka semula secara rasmi pada 1 Disember ini.
Pendakian yang bermula di Timpohon Gate hingga puncak tertinggi gunung berkenaan iaitu Low Peak itu adalah kali pertama dilakukan selepas ditutup akibat gempa bumi berskala 5.9 ritcher pada 5 Jun lalu yang mengorbankan 19 nyawa termasuk enam rakyat tempatan.Kesemua pendaki yang terlibat terdiri daripada kelompok agensi kerajaan termasuk Jabatan Geologi, Jabatan Meteorologi, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan Muzium dan Universiti Malaysia Sabah.
Berikut adalah Kadar Bayaran malim gunung dan 'porter' untuk Gunung Kinabalu bermula 1 Disember 2015.
Jumlah pendaki ke puncak Gunung Kinabalu dihadkan
Kerajaan negeri menetapkan hanya seramai 100 hingga 120 orang pendaki dibenarkan mendaki ke puncak Gunung Kinabalu apabila ia mula dibuka pada 1 Disember ini.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Masidi Manjun berkata, syarat itu dibuat bagi memastikan keselamatan pendaki selain memudahkan kelancaran aktiviti pendakian.
"Kita tetapkan dua bulan pertama ini sebagai tempoh percubaan dan sekiranya semua berjalan lancar, kita akan menilai semula untuk menambah jumlah pendaki," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Kunang-Kunang dan Kelestarian Pelancongan hari ini.
Beliau turut menjelaskan, pembukaan semula aktiviti pendakian pada 1 Disember ini tertakluk kepada situasi semasa dan cuaca.
"Jika masih terdapat gegaran yang boleh membahayakan nyawa pendaki, maka kita akan tangguhkannya untuk sementara," jelasnya.
Aktiviti pendakian ke puncak Gunung Kinabalu ditangguhkan sejak beberapa bulan lalu susulan kejadian gempa bumi pada 5 Jun lalu yang mengorbankan 18 nyawa.
Post a Comment