Dua anak perempuan ditinggalkan dalam kereta dilarikan dan ditemui semula di Jalan Gaya!

‪#‎kotakinabalu‬ Seorang lelaki melarikan kenderaan sebelum meninggalkannya di kawasan tempat letak kereta di Jalan Gaya
Kereta, Anak Dilarikan Kerana Cuai

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M Chandra berkata wanita berkenaan meninggalkan anaknya yang berumur lapan dan lima tahun di dalam kereta yang tidak berkunci dan enjin masih hidup.

Beliau berkata wanita itu meletak keretanya di hadapan sebuah bank untuk mengeluarkan wang dari mesin pengeluaran wang automatik di dalam bank itu.

"Bagaimanapun wanita berkenaan kemudiannya terkejut apabila mendapati keretanya bersama dua orang anaknya sudah tidak ada di luar bank, lalu dia membuat laporan polis di Balai Polis Kota Kinabalu.

"Namun pada jam 6.45 pagi, kereta dan anak pengadu dijumpai semula, ditinggalkan di lot parkir di belakang Klinik 1Malaysia di Jalan Gaya," katanya.

Dua orang kanak-kanak dilarikan bersama dengan sebuah kereta jenis Proton Wira apabila ditinggalkan oleh ibu mereka dengan tidak mengunci kenderaan tersebut ketika keluar untuk mengambil wang di ATM.

Kejadian tersebut yang berlaku lebih kurang jam 6.15 pagi tadi, disedari oleh ibu kanak-kanak tersebut selepas keluar dari bank dan kemudiannya telah bergegas ke Balai Polis Kota Kinabalu untuk membuat laporan.


Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, pengadu telah meletakkan keretanya di hadapan Standard Chatered Bank, Kota Kinabalu Lama dan keluar untuk mengambil wang di ATM.


Semasa keluar, pengadu telah meninggalkan dua orang anak perempuannya berumur 8 tahun dan 5 tahun di dalam kereta, dalam keadaan pintu tidak berkunci dan enjin masih dihidupkan.


“Pada jam lebih kurang 6.45 pagi, kereta dan anak pengadu telah dijumpai semula, ditinggalkan di parking lot belakang Klinik Malaysia, Jalan Gaya, Kota Kinabalu, di mana kedua-dua anak pengadu dalam keadaan selamat.


Semakan awal, dapati kereta dalam keadaan baik,”katanya. Berdasarkan kepada siasatan yang dijalankan oleh pihak polis, dipercayai saspek hanya menumpukan untuk mencuri kereta dan bukannya untuk melarikan kanak-kanak.


Saspek boleh didakwa di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan – Kesalahan mencuri kenderaan, yang memperuntukkan jika disabitkan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda dan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan – Menculik dari penjagaan yang sah, yang memperuntukkan jika disabitkan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun dan hendaklah juga dikenakan denda.


Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak meninggalkan kenderaan dalam keadaan enjin masih hidup dan tidak berkunci serta tidak sekali-kali meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan tanpa pengawasan.


“Individu yang mendedahkan kanak-kanak yang mungkin akan menyebabkan mereka mengalami kecederaan fizikal atau emosi boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001 – Penganiayaan, Pengabaian, Pembuangan atau Pendedahan Kanak-kanak yang memperuntukkan mana-mana orang yang mengabaikan atau pun mendedahkan kanak-kanak yang mungkin akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kecederaan fizikal atau emosi adalah melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 20,000 atau di penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya,”katanya.


Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan dengan saspek juga diminta untuk menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.


Chandra berkata pihak polis percaya suspek yang merupakan seorang lelaki yang berumur antara 20 hingga 30 tahun dan berpakaian baju T dan seluar pendek hitam hanya mahu mencuri kereta itu dan bukannya melarikan kanak-kanak berkenaan.

-- BERNAMA


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.