Feri karam di Jeti Pelancongan, Bangau-Bangau, Semporna

‪#‎BeritaSabah‬ ‪#‎Mutakhir‬ ‪#‎Semporna‬ - Feri membawa 158 penumpang dari Filipina ke Semporna karam selepas melanggar bot jongkong berhampiran Jeti Pelancong, Bangau-Bangau. UPDATE FERI KARAM DI SEMPORNA: Semua penumpang berjumlah 158 orang termasuk 9 krew feri penumpang selamat. 8 cedera dan telah diberikan rawatan. Punca kejadian pelanggaran disebabkan lampu Kapal Pengangkut Barang Skaw (Tongkang kosong) yang tidak jelas.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



(Gambar) Feri Bawa 158 Penumpang & Kru Karam Selepas Berlanggar

SEMPORNA: Sebuah feri yang membawa 158 penumpang dan kru karam apabila bertembung dengan sebuah tongkang di perairan ini dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam tadi.

Menurut laporan BH Online, feri itu dalam perjalanan dari Tawi-Tawi di selatan Filipina ke Semporna sebelum berlanggar di perairan Labuan Haji, kira-kira 500 meter dari jeti Semporna.

Kejadian dikatakan berlaku kerana keadaan yang gelap sehingga menyebabkan feri terbabit tidak sempat mengelak tongkang tersebut sebelum bertembung.

Bagaimanapun, tindakan pantas pelbagai agensi keselamatan negara berjaya menyelamatkan kesemua penumpang feri berkenaan. Menurut laporan juga, sebahagian besar penumpang feri berkenaan dipercayai warga Filipina.

Menurut Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat, Asisten Komisioner Mohamad Madun, tiga bot penyelamat PPM digegaskan ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima laporan.

Operasi menyelamat itu turut membabitkan beberapa agensi keselamatan lain termasuk TLDM, APMM serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.


"Feri membawa 158 penumpang dan kru itu dilaporkan bertolak dari Taw-Tawi pada jam 2.30 petang dan kejadian berlaku ketika hampir tiba di Semporna.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan apabila semua penumpang dan kru berjaya diselamatkan,"

Difahamkan empat penumpang telah dihantar ke hospital untuk rawatan berikutan kecederaan yang dialami.










Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.