Rozaimi Abdul Rahman tekad melakukan yang terbaik buat JDT

Bergabung kembali di JDT! Rozaimi diapit oleh Junior Eldstal & Fadhli Shahs teman seperjuangan semasa menyarung jersi Harimau Malaya

Saya sertai JDT kerana TMJ

"Saya ke Johor Darul Ta'zim (JDT) kerana Tunku Mahkota Johor (TMJ)," demikian kata bekas penyerang Sabah, Rozaimi Abdul Rahman yang membuat kejutan menyertai skuad juara Liga Super dan Piala AFC itu.

W alaupun sebelum ini dikhabarkan akan beraksi untuk negeri kelahirannya dalam saingan Liga Perdana, Rozaimi yang berehat panjang akibat kecederaan serta pemulihan selepas kemalangan jalan raya pada Julai tahun lalu, ketika dihubungi mengakui keputusan menyertai pasukan Harimau Selatan dibuat selepas perbincangan dengan keluarga.

"Saya datang ke JDT kerana TMJ mahu saya menjalani proses pemulihan di sini (Johor Bahru)...beliau mahu menjaga saya sehingga kembali kepada prestasi asal.

"Saya tidak kisah untuk bermain dengan pasukan mana pun, tetapi saya perlu menjalani proses pemulihan yang terbaik dan berterima kasih kepada TMJ kerana sanggup menjaga saya selama tiga tahun...saya akan melakukan yang terbaik untuk JDT," katanya.

Laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers mengesahkan Rozaimi menandatangani kontrak tiga tahun dengan JDT, namun masih belum ditentukan sama ada dia akan beraksi bersama skuad utama JDT atau JDT II.


Pemain yang pernah digelar sebagai Neymar Malaysia, Rozaimi Abdul Rahman sah tandatangani kontrak selama 3 tahun dengan JDT.

Akhirnya segala persoalan kemana arah tuju beliau terjawab.

Perpindahan yg mengejutkan seluruh penyokong bola sepak negara.


Beliau juga telahpun mila menjalani latihan bersama pasukan JDT petang semalam.


SOS: Welcome Back Amy !! Admin harap Rozaimi akan kembali menyengat seperti beliau bersama skuad Harimau Muda dahulu. Good Luck Amy !

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.