Sabah FA terkejut penghijrahan Rozaimi Abdul Rahman ke JDT

Jeremy Renner
Pengurus Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan terkejut dengan keputusan bekas pemain Harimau Muda, Rozaimi Abdul Rahman yang menandatangani kontrak tiga tahun dengan Johor Darul Ta'zim (JDT), semalam.

Sabah FA terkejut tindakan Rozaimi Abdul Rahman

SAFA Terkejut Rozaimi 'Sign' Kontrak Tiga Tahun Bersama JDT

I
ni kerana, katanya, penyerang berusia 23 tahun itu sebelum ini telah menyatakan persetujuan untuk kekal menyarung jersi Sang Badak dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Jeremy Renner
Hasrat jurulatih Sabah, Vjeran Simunic untuk mendapatkan khidmat Rozaimi Abd. Rahman tidak menjadi kenyataan apabila bekas penyerang Harimau Muda itu menandatangani kontrak tiga tahun bersama pasukan JDT.
"Saya terkejut mendengar berita itu (Rozami ikat kontrak dengan JDT), sebelum ini kami telah melakukan perbincangan awal dan dia (Rozaimi) bersetuju untuk bermain dengan Sabah musim depan.


"Kami juga tidak pernah mengatakan enggan mendapatkan khidmat Rozaimi...saya akan menghubunginya untuk mendapatkan maklumat lanjut," katanya ditemui selepas perlawanan persahabatan antara skuad Sabah dengan DYS FC di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini.

Dalam perlawanan persahabatan itu, skuad kendalian Vjeran Simunic menewaskan DYS FC 2-0 hasil jaringan Leopold Alfonso Otong dan Shafie Talip.



Sementara itu, Simunic meluahkan rasa kesal dengan penghijrahan Rozaimi ke JDT kerana masih yakin pemain yang pernah dinobat 10 pemain terbaik Asia pada tahun 2012 mampu kembali kepada prestasi asalnya.



Pengendali berusia 61 tahun itu turut mengakui pemergian Rozaimi adalah akibat kesilapannya sendiri sehingga menyebabkan pemain itu disambar pasukan lain.

Jeremy Renner
Sebelum ini, jurulatih dari Croatia itu menaruh harapan terhadap pemain itu walaupun dilanda kecederaan pada musim lepas, dapat kembali cergas ke prestasi terbaiknya dan mampu mencuri tempat dalam skuad badak.
"Ia kesilapan saya, saya katakan Rozaimi masih boleh menjadi seorang pemain yang bagus dalam media, jika saya tidak memberinya peluang untuk beraksi mungkin tiada pasukan mengambil perhatian.


"Bagaimanapun, rakyat Malaysia menghormati pendapat saya mengenai Rozaimi dan mereka (JDT) mengikatnya serta-merta," katanya.

Sebelum ini, Simunic menyatakan keyakinan terhadap Rozaimi serta berhasrat mendapatkan khidmatnya walaupun mendakwa ada pihak meragui tahap prestasi pemain itu.



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.