MH370

Terkini
.

Stacy, Akim Pilih 5 Februari 2016 Tarikh Nikah

Kad Jemputan Nikah Pasangan akim ahmad & stacy angie mula diedarkan kepada tetamu jemputan!
Stacy, Akim Pilih Februari Tahun Depan Tarikh Nikah

PASANGAN selebriti Akim Ahmad dan tunangnya, Ummu Shaikah atau lebih dkenali sebagai Stacy sepakat memilih bulan 5 Februari 2016  sebagai tarikh untuk mereka disatukan di jinjang pelamin.

Stacy, 26, mengesahkan bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya yang juga penyanyi, Akim Ahmad, 25, di Kota Kinabalu, Sabah, Jumaat ini.

Menurut Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam, majlis itu diadakan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di bandar raya itu pada jam 10 pagi membabitkan kedua belah keluarga. Menurut Stacy, majlis pernikahan mereka akan diadakan secara sederhana membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak saja.


“Doakan segalanya berjalan lancar," katanya.

Sebelum ini, Stacy dan Akim mengumumkan akan melangsungkan pernikahan pada awal bulan ini tanpa memaklumkan tarikhnya.

Stacy berkata, majlis persandingan mereka akan diadakan pada sebelah malam di lokasi sama.


Sementara itu, majlis bersanding di sebelah keluarga lelaki akan diadakan pada 26 Februari ini di Johor Bahru yang turut menjemput peminat.

Mengenai tarikh yang dipilih, Akim menyatakan bulan cinta itu dipilih selepas mengadakan perbincangan dengan kedua-dua belah keluarga.


“Memang kalau boleh saya mahu cepat kahwin dan segera menimang cahaya mata. Sepatutnya bulan Januari namun disebabkan banyak sangat komitmen kerja akhirnya kami rasa Februari adalah bulan yang sesuai.


“Kami sudah memutuskan hanya ada dua majlis sahaja iaitu majlis pernikahan akan dibuat di Sabah dan majlis resepsi di kampung saya di Johor Bahru,” kata jejaka kelahiran Johor ini.


Akim dan Stacy mengikat tali pertunangan pada 26 September lalu selepas hampir enam tahun bercinta.

Stacy, Akim Pilih 5 Februari 2016 Tarikh Nikah Reviewed by admin Ucop on 11:42 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.