Lahad Datu: Lelaki yang mati ditembak di Kampung Merabung, dekat sini, pagi tadi bukan penceroboh seperti yang diviralkan dalam laman sosial sebaliknya dipercayai bertindak argesif sebelum ditembak polis.
Dalam kejadian 7.20 pagi itu, Ronald Engliong, 40-an, dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Lahad akibat kesan tembakan di tubuhnya.Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk kampung mengatakan suspek bertindak agresif dan cuba mencederaan orang awam.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota polis yang cuba menenangkan mangsa dibaling objek keras sehingga seorang anggota polis cedera di kepala dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
"Susulan itu, anggota polis terpaksa melepaskan tembakan lalu mengenai tubuh lelaki terbabit," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, suspek dipercayai meninggal dunia di Hospital Lahad Datu dan polis masih menjalankan siasatan.
Terdahulu, kejadian itu mengundang kontroversi susulan viral kononnya suspek yang mati adalah penceroboh sehingga mencetuskan panik di daerah berkenaan.
Post a Comment