Pelajar OKU UMS Satu kaki melangkah gagah

Zakwanulhakim Abdul Nasir bertongkat ketika memasuki dewan untuk ikrar dan aku janji pelajar baharu Universiti Malaysia Sabah di Kota Kinabalu, semalam.
Pelajar OKU jadikan Steve Jobs pendorong kejayaan

Pelajar OKU UMS jadikan Steve Jobs pendorong kejayaan, Genggam impian bergelar jurutera!

Kekurangan pada diri bukan penghalang bagi penuntut baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading sete­rusnya mengejar kejayaan dalam hidup.

Malah, Zakwanulhakim Abdul Nasir, 22, yang kehilangan kaki kiri kerana jangkitan kuman pada saluran darah pada tahun 2011 menjadikan kejayaan pengasas syarikat telekomunikasi Apple, Steve Jobs sebagai idolanya.

Dia yang berasal dari Bagan Serai, Perak berharap kejayaannya melanjutkan pengajian peringkat ijazah dalam jurusan Rangkaian Kejuruteraan itu akan membuka peluang untuk dia turut cemerlang dalam bidang teknologi komunikasi (IT), setaraf dengan penca­pai­an Jobs.

“Sokongan keluarga me­nguatkan lagi semangat saya untuk melanjutkan pengajian dalam bidang IT di UMS. Saya sendiri tidak menyangka ditawarkan di sini, namun apabila diberitahu universiti ini ada menyediakan kemudahan khas bagi golongan orang kurang upaya (OKU), saya terima.

“Saya tidak malu atau gentar bersaing dengan penuntut lain hanya kerana kekurangan daripada segi fizikal. Apa yang penting, saya mahu mengejar cita-cita menjadi jurutera dalam IT seperti Steve Jobs,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas Majlis Lafaz Ikrar Pelajar Baharu Sesi 2016/2017 di Dewan Canselori UMS, di sini hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Ketua Menteri merangkap Pro Canselor UMS, Datuk Seri Musa Aman. Hadir sama, Naib Canselor UMS, Prof. Dr. Mohd. Harun Abdullah.

Dalam majlis itu, seramai 4,579 pelajar baharu melafazkan ikrar sebagai mahasiswa UMS bagi sesi 2016/2017.

Menurut Zakwanulhakim, dia dilahirkan dengan fizikal yang sempurna, namun ketika dalam persiapan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia diserang jangkitan tersebut menyebabkan sebelah kakinya terpaksa dipotong sehingga ke paras paha.

Katanya, meskipun terpaksa mengambil SPM di wad hospital, dia berjaya mencapai keputusan yang baik dan melanjutkan pelajaran di Politeknik Ungku Omar, Perak dalam jurusan teknologi maklumat.

Sementara itu, Ainur Athira Zulkiflee, 20, dari Kluang, Johor yang mengalami masalah penglihatan turut bersemangat untuk melanjutkan pelajaran di universiti tersebut.

Penuntut Ijazah Sarjana Muda Komunikasi itu berkata, meskipun mata sebelah kanannya buta manakala penglihatan mata kiri kabur, ia bukan penghalang untuk dia mengejar cita-cita menjadi seorang guru pada masa depan.

“Pilihan utama saya sebenarnya ialah bidang pendidikan khas. Saya mahu membantu golongan kurang upaya berjaya dalam bidang pendidikan.

“Tetapi apabila saya ditawarkan dalam bidang komunikasi, saya agak terkejut kerana ia berkaitan dengan kewartawanan dan media massa. Tetapi, keluarga dan bekas guru-guru menasihati saya untuk menerima tawaran ini,” jelasnya.



Walaupun perlu bertongkat selepas kaki kiri dipotong akibat masalah salur darah empat tahun lalu, ia tidak pernah dijadikan alasan oleh Zakwanulhakim Abdul Nasir, 22, untuk mengejar cita-cita bertugas sebagai jurutera.

Katanya yang terpilih untuk mengikuti pengajian di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaysia Sabah (UMS), kemudahan disediakan di universiti berkenaan, khasnya untuk penuntut orang kurang upaya (OKU), amat memuaskan.

“Ini kali pertama saya ke Sabah dan UMS adalah pilihan untuk saya melanjutkan pengajian.

“Sebelum ke UMS, saya sudah dimaklumkan terlebih dulu mengenai kemudahan di sini dan ternyata universiti ini memberi kemudahan serta keselesaan buat penuntut seperti kami,” katanya ketika ditemui pada Majlis Lafaz Ikrar Pelajar Baru UMS di Dewan Canselori, semalam.

Majlis disempurnakan Ketua Menteri merangkap ProCanselor UMS Datuk Seri Musa Aman.


Post a Comment

Previous Post Next Post