Skuad Sabah FA dan Jersi musim Liga Malaysia 2017

Skuad Sang Badak akan mengadakan majlis pengenalan pemain serta pelancaran jersi baharunya Ahad ini.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Sabah perkenal pemain, lancar jersi baharu Ahad ini

Majlis yang telah berlangsung di Hotel Grandis, Kota Kinabalu, itu turut dihadiri Timbalan Presiden 1, Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Selepas majlis pengenalan pemain serta pelancaran jersi, peminat turut berpeluang bertemu barisan pemain Sabah bagi musim 2017 dalam satu majlis di kompleks membeli-belah Suria Sabah, kira-kira jam 5 petang.



Selepas mengharungi musim mengecewakan tahun lalu, Sabah kini tampil dengan sedikit perubahan apabila membawa masuk ketua jurulatih, pengarah sukan serta tiga pemain import yang baharu.

Dua jurulatih dari Perancis, Steve Vilmiaire dan Adlane Messelem, masing-masing dilantik sebagai pengendali pasukan serta pengarah sukan SAFA.


Sementara itu, tiga pemain import baharu yang dibawa masuk Sang Badak ialah dua penyerang dari Perancis,

 Jonathan Behe (CF)

Sofiane Choubani (AM/CM)

manakala seorang lagi ialah pemain tengah dari Jepun,


Masaya Jitzono (CM)

yang mengisi slot pemain import dari Asia.

Terdahulu, Sabah turut mengekalkan pertahanan dari Croatia,

Igor Cerina (CB)

untuk tempoh semusim lagi selepas beraksi baik bersama pasukan itu musim lalu.

Antara pemain lain yang telah mengikat kontrak bersama SAFA ialah:



Rozaimie Rohim (GK)

Robson Rendy Rining (GK)

Mohd Sakri Masri (GK)

Alto Linus (RB)

Rawilson Batuil (CB)

Dendy Lowa (CB)

Mohd Azzizan Nordin (CM)

Jenius Karib (LB)

Leopold Alfonso Otong (CF)

Ummareng Bacok (RW)

Ricco Nigel Milus (CM)

Radzi Md Hussin (CM)

Maxsius Musa (RW/CF)

Mohd Azwan Abd Fattah (LW)

Randy Baruh @ Samson (RB)

Rahmanshah Marajeh (CF)

Saliun Mastar (LB)

Sabri Sahar (RW/LW)

Sumardi Hajalan (LB/LW)

Pada musim lalu, selain gagal layak beraksi dalam Piala Malaysia, Sabah juga hanya mampu menamatkan saingan liga di tangga kesembilan dengan mengutip 20 mata daripada 22 perlawanan, hasil lima kemenangan, lima kali seri serta 12 kekalahan.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.