Sabah cuti dua hari Krismas Bermula 24 & 25 Disember 2019

Terima kasih, Ketua Menteri Sabah!
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



SHAFIE UMUM CUTI DUA HARI SEMPENA KRISMAS PADA 24, 25 DISEMBER

Rakyat Sabah mendapat hadiah Krismas yang amat berharga apabila Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Apdal mengumumkan cuti umum selama dua hari pada 24 dan 25 Disember ini.

Pengumuman Ketua Menteri itu menjadikan Sabah sebagai negeri pertama yang memberikan cuti tambahan Krismas berbanding kebiasaan hanya sehari pada 25 Disember.


Tambahan cuti tersebut pasti memberi kegembiraan kepada rakyat Sabah terutama penganut Kristian yang akan meraikan Krismas bersama keluarga dan rakan-rakan di kampung halaman.

“Untuk mempermudahkan supaya perayaan terdekat ini dijayakan dengan baik saya umumkan cuti dua hari untuk sambutan Krismas.

“Kalau saya tidak bagi cuti ada yang mahu balik kampung Tongod, Long Pasia lapan jam jadi saya harap cuti ini dapat menjadikan sambutan Krismas tahun ini penuh keharmonian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan Perayaan Krismas Kota Kinabalu 2019 bertemakan Kemurnian dan Keharmonian anjuran Majlis Gereja-Gereja Sabah di Padang Merdeka malam ini.


Sebagai sebuah negeri yang berbilang kaum dengan majoriti adalah penganut Kristian, perayaan Krismas di Sabah adalah yang paling meriah berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Rumah terbuka dan aktiviti ziarah-menziarahi di negeri ini turut dimeriahkan dengan kehadiran masyarakat berbilang bangsa dan agama atas semangat perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat.


Pengumuman Mohd. Shafie itu turut membuktikan janji beliau bahawa semua bangsa dan agama di negeri ini perlu mendapat pengiktirafan sewajarnya.

Sebelum ini, beliau turut mengumumkan peruntukan segera RM1 juta untuk membaik pulih Gereja St. Theresa di Tambunan ketika melawat pusat ibadat itu yang seterusnya menggembirakan semua penganut Kristian di Sabah.

Selain itu, beliau turut meningkatkan peruntukan kepada badan-badan keagamaan bukan Islam, sekolah persendirian serta sekolah-sekolah mubaligh sebanyak RM8 juta kepada RM35 juta pada tahun 2020.


“Sebuah negara pelbagai agama memang dituntut untuk hidup harmoni walaupun kepelbagaian masyarakat kita seharusnya dapat hidup dalam suasana murni,” katanya.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post