Remaja lelaki maut motosikal terlibat kemalangan di Jalan Marabahai - Serusup, Tuaran

Kemalangan melibatkan sebuah lori dipandu seorang lelaki berumur 60-tahun dan motorsikal dipandu mangsa. | Sumber/Foto : Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Mohd Hamizi Halim

Remaja lelaki maut motosikal terlibat kemalangan di Jalan Marabahai - Serusup, Tuaran

Seorang remaja lelaki maut dalam satu insiden kemalangan di Jalan Marabahai - Serusup, Tuaran, pagi tadi. Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 10:50-pagi.

K
emalangan melibatkan sebuah lori dipandu seorang lelaki berumur 60-tahun dan motorsikal dipandu mangsa. Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Mohd Hamizi Halim dalam satu kenyataan Media memaklumkan, siasatan awal mendapati, pemandu lori dari arah Tuaran telah cuba membuat pusingan 'U' ke kanan menghala ke Tenghilan sementara mangsa dari Tuaran menuju ke Gayang dekat bulatan kuda, tidak sempat mengelak telah melanggar dan terseret di bahagian bawah lori.


Pegawai perubatan Hospital Tuaran yang tiba di sana mengesahkan mangsa yang mengalami cedera parah bahagian badan dan kepala meninggal dunia di lokasi.


Pemandu lori pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kedua - dua kenderaan mangsa terlibat mengalami kerosakan di bahagian depan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran untuk siasatan lanjut.


Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.