Armand bersama biji koko yang menjadi sumber bahan mentah untuk produknya. Armand Idrizam adalah pengasas Koko Loko, yang bertujuan memberi pendapatan tambahan kepada pekebun kecil.
Remaja 13 Tahun Jadi CEO Perniagaan Coklat
Kanak-kanak yang berusia 11 tahun ini, Armand Idrizam mungkin kelihatan seperti budak sekolah biasa yang menggemari pelbagai snek perisa coklat serta biskut.
Chef Coklat Seusia 11 Tahun!: Armand menyiapkan adunan coklat di Kilang dapur mini miliknya di Kinarut, Sabah.
PADA usia 11 tahun, Armand Idrizam bukan sahaja mempunyai impian besar tetapi juga disiplin, kecerdasan dan kehendak untuk mencapai impian tersebut.
Mengasaskan perniagaan makanan ringan berasaskan koko di Kota Kinabalu, Armand adalah ketua pegawai eksekutif Koko Loko, sebuah perniagaan kecil tetapi cepat berkembang dengan mendapatkan koko dari petani tempatan di Sabah.
Siapa yang tidak suka menikmati manisan seperti itu?
Armand di kilangnya bersama produk Iftar Bites
Pengusaha coklat cilik ini sudah pun membina empayar coklatnya sendiri dengan jenama Koko Loko iaitu snek berasaskan coklat. Ia menggunakan bahan koko diusahakan oleh penanam di Sabah sekali gus memberi pendapatan kepada mereka.
Armand yang berpindah ke Sabah pada Disember 2018 bersama keluarganya, dia memujuk ibunya untuk memulakan perniagaan itu kerana ingin menjana pendapatan sendiri.
Armand akan berusia 12 tahun pada bulan November 2021.
Katanya, hasil pendapatan itu boleh digunakannya bagi membeli barangan untuk keluarga dan diri sendiri.
“Saya mengikuti lawatan kerja ibu ke Kampung Tambatuon dan bertemu dengan sekumpulan penanam koko di sana,” katanya.
Armand bersama sekumpulan penanam koko di Kampung Tambatuon, Kota Belud.
Armand mewarisi semangat keusahawanan daripada ibunya, Nina Othman yang juga seorang usahawan sosial apabila membantu mempromosikan hasil pertanian dan kraftangan penduduk Sabah.
“Kami bekerjsama dengan Persatuan Orang Pekak Sabah kerana pada mulanya kami tidak mempunyai ketuhar untuk membuat coklat dan dengan cara ini ia membantu mereka menjana pendapatan,” kata Armand yang menghasilkan produk pertama Koko Loko, Granola Coklat.Saya mahu mereka belajar perbezaan antara keperluan dan kehendak, dan satu-satunya cara mereka mendapatkan apa yang mereka mahukan adalah jika mereka memperolehnya.
NINA OTHMAN
IBU
Granola mendapat sambutan hangat dan di bawah jenama Koko Loko, mereka terus mempelbagaikan produk dengan sapuan sarapan pagi yang mengambil inspirasi daripada zaman kanak-kanak Armand.
(Dari kiri) Armand dan adik-beradiknya, Faheem dan Julia bersama sapuan coklat mereka.
“Saya ingin menghasilkan produk sapuan kerana mempunyai banyak kenangan menikmati mentega kacang dengan coklat atau jem.
“Bagaimanapun, saya ingin menggabungkan semua perisa produk Chunky Cocoa Peanut Butter dan Dark Cocoa Peanut Butter yang diadun dengan kepingan kecil koko,” katanya.
Bermula awal tahun ini, Armand ingin seluruh rakyat Malaysia tahu mengenai perniagaan coklatnya itu dan pada masa sama, dia memerlukan sebuah kilang untuk beroperasi.
Melalui cadangan ibunya, kanak-kanak itu berusaha mengumpul dana dan hanya dalam tempoh kurang sebulan saja dia sudah berjaya memperolehi jumlah terkumpul sekitar RM26,655.
Armand sedang mencuba pelbagai resepi menarik.
Kilang ‘Do Good, Eat Chocolate’ di Kinarut kini menjadi pusat bagi Armand dan keluarganya menghasilkan snek coklat enak berkenaan.
“Saya gemar membakar biskut, jadi kami menghasilkan biskut Afghan yang penuh dengan perisa coklat dan mengandungi bahan premium seperti mentega asli, 60 peratus coklat gelap Koko Loko dan kacang walnut.
“Kami juga menghasilkan kepingan coklat gelap 60 peratus dan 70 peratus di mana pengguna boleh menggunakannya untuk membuat kek dan coklat mahupun minuman koko panas.
Biskut Afghan keluaran Koko Loko.
“Kami mempunyai tiga perisa kepingan kecil koko seperti manis masin, manis pedas dan perisa asal,” katanya.
Pada Ramadan lalu, Armand menjual manisan Iftar terdiri daripada sembilan jenis yang menggunakan bahan premium bersama kepingan kecil koko dan coklat gelap daripada koko keluaran Sabah.
Walaupun menghasilkan beberapa produk baru, Armand tidak mempunyai masalah dalam membahagikan masanya sebagai murid dan perniagaan.
“Biasanya saya akan menyiapkan kerja sekolah menjelang tengah hari. Semua waktu terluang selepas itu termasuk hujung minggu dan cuti sekolah akan dihabiskan di kilang coklat,” ujarnya.
Armand membuat penghantaran produk Koko Loko kepada pelanggannya.
Armand mempunyai perancangan besar untuk kilangnya dan berharap dapat membantu individu terjejas menjana pendapatan ketika pandemik Covid-19.
Pada masa sama, dia berhasrat untuk melatih mereka menghasilkan sendiri snek berasaskan coklat.
Sementara itu, Nina menjelaskan, sebelum pandemik melanda, mereka merancang untuk bekerjasama dengan seorang rakan menghasilkan kayu daripada plastik kitar semula.
Katanya, Koko Loko berharap dapat melaksanakan idea mereka dengan menjadikan plastik kitar semula sebagai pertukaran untuk kanak-kanak yang tidak mampu membeli biskut atau coklat.
“Rakan juga mencadangkan bahawa 20 peratus daripada keuntungan itu disalurkan kepada projek hijau seperti tanaman pokok, pemuliharaan batu karang dan paya bakau,” kata ibu kepada tiga orang anak itu.
Armand sibuk membungkus tempahan coklat yang dibuat oleh pelanggannya.
Seperti Willy Wonka, Armand juga mempunyai impian besar sebagai pengusaha coklat ternama satu hari nanti.
CEO muda berjiwa besar... terkesan lihat kesusahan orang ramai ketika pandemik, Arman guna cokelat kumpul dana
Armand tidak kekok berada di dapur membantu menghasilkan pelbagai jenis manisan berasaskan coklat.
"Ramai orang yang habis bekalan makanan tetapi keluarga saya bernasib baik. Kami masih ada makanan untuk dimakan.
"Situasi yang saya lihat itu membuatkan saya ingin lakukan sesuatu," katanya.
Meskipun masih kanak-kanak namun Armand sebenarnya sangat bijak dan matang berbanding usianya.
Malah dia sebenarnya adalah 'ketua pegawai eksekutif' Koko Loko iaitu sebuah syarikat makanan ringan berasaskan koko berpusat di bandar Kinarut yang perjalanannya kira-kira 40 minit dari Kota Kinabalu, Sabah.
Armand tampil dengan projek Share & Care Box untuk membantu golongan memerlukan.
Segala-galanya bermula pada Ogos tahun lalu ketika dia dan ahli keluarganya membuka kilang coklat mini di rumah mereka. Tanpa disangka lapan bulan kemudian dengan bantuan orang ramai, mereka berjaya mengembangkan perniagaan kepada sebuah kilang mini di sebuah lot komersial. Produk yang dihasilkan Koko Loko termasuklah kacang mentega, cokelat berperisa, granola koko, cokelat untuk kek dan minuman, brownies dan pelbagai jenis kek.Share & Care Box bantu bank makanan
Inisiatif terbaharu keluarga tersebut adalah Share & Care Box yang berharga RM220 yang mempunyai pelbagai cokelat dan daripada hasil jualannya kata Armand akan menyumbangkan 10 peratus kepada bank makanan di Masjid Kinarut yang terletak bersebelahan kilang mini Koko Loko."Jualan ini diadakan sepanjang Julai sempena Hari Cokelat Sedunia yang jatuh pada 7 Julai setiap tahun," katanya yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Gaya.
Selain itu, Armand juga mengadakan program di mana kanak-kanak yang tidak mampu membeli makanan ringan seperti cokelat boleh menukarnya dengan barangan kitar semula untuk mendapatkan cokelat percuma.
Ketika ditanya mengenai cita-citanya, Armand memberitahu dia mahu meneruskan perniagaan itu sehingga dewasa dan berharap Koko Loko setanding dengan jenama popular seperti Milo.Ramai orang yang habis bekalan makanan tetapi keluarga saya bernasib baik. Kami masih ada makanan untuk dimakan.
ARMAND IDRIZAM
CEO KOKO LOKO
Buat masa ini katanya, dia berminat untuk mengadakan bengkel untuk kanak-kanak seusianya apabila keadaan pandemik sudah selamat.
Usaha anak sulung kepada ejen insurans dan pelatih ini juga telah mendapatkan perhatian kerana kesungguhannya sebagai seorang usahawan meskipun masih kanak-kanak.
Armand jual sosej sejak usia 6 tahun
Ibunya, Nina Othman berkata, Armand mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan dengan menjual sosej ketika usianya enam tahun.Mengenai kilang cokelat mereka, Nina, 41, berkata, idea itu bermula ketika dia menjalankan program latihan pemerkasaan luar bandar di sebuah kampung.
Armand mahu menjadi usahawan sebenar apabila besar nanti.
"Keluarga biasanya akan ikut jika saya bertugas di luar dan ketika itulah kami melawat sebuah perkampungan di Kota Belud yang banyak pokok koko yang tidak digunakan sepenuhnya."Armand ketika itu tertarik untuk melakukan sesuatu dengan koko dan sejak itu bermulalah Koko Loko," katanya yang mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Fahemm, 10 dan Julia, 6.
Pun begitu kata Nina, meskipun Armand mempunyai semangat keusahawanan yang sangat besar tetapi dia masih seorang kanak-kanak yang sukakan permainan video.
Jika ingin membantu penanam koko di Sabah yang terjejas ketika pandemik dan menyokong perniagaan Armand, anda boleh ke Instagram dan Facebook Koko Loko untuk membuat tempatan. Penghantaran dilakukan ke seluruh negara.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment