Kluster tembok penyumbang tertinggi kes Covid-19 Sabah

Kickbola.net ISI SINI .




Kota Kinabalu: Kluster Tembok atau penjara masih menjadi penyumbang tertinggi kes baharu Covid-19 di Sabah dengan 245 kes atau 37.3 peratus direkodkan, semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, ia berbanding keseluruhan 657 kes baharu, yang mana 131 kes bagi Kluster Tembok Kota Kinabalu (Penjara Kepayan) dan 114 kes lagi di Kluster Tembok Tawau Dua (Penjara Tawau).

"Daripada keseluruhan kes, sebanyak 317 kes adalah hasil saringan kluster yang didominasi oleh kluster daripada penjara, selain saringan kontak rapat iaitu sebanyak 199 kes atau 30.3 peratus.

"Kedua-dua saringan ini menyumbang 78.5 peratus atau 516 kes daripada kumulatif harian," katanya dalam kenyataan semalam.


Masidi Manjun


Mengulas lanjut, Masidi berkata, sebanyak 58.9 peratus atau 387 kes baharu Covid-19 adalah kategori satu atau tidak bergejala, manakala 33.5 peratus atau 220 kes (kategori dua) dan masing-masing satu pesakit dalam kategori tiga serta empat.

Katanya, seramai 48 pesakit atau 7.3 peratus masih menunggu penilaian tahap jangkitan masing-masing. Beliau juga mengulas mengenai Kluster Kampung Pukak di Tuaran yang dipercayai berpunca daripada kenduri kesyukuran berlangsung pada 3 Julai, yang mana kes indeks adalah lelaki berumur 47 tahun disahkan positif pada 9 Julai.

"Daripada 55 kontak rapat yang disaring, 16 orang dikesan positif menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 17 kes termasuk sembilan kes baharu.


"Saringan membabitkan kontak rapat dari Kampung Pukak, Kampung Pinagon dan Kuarters Loji Air Telibong Satu, Tuaran," katanya.

Semalam juga menyaksikan dua kematian akibat Covid-19 di Kota Belud dan Tawau, manakala 285 pesakit dilaporkan sembuh.


Jumlah pesakit masih dalam rawatan adalah 3,486 orang iaitu 502 orang di hospital, 1,790 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC), manakala 1,014 lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau penjara.

Seramai 59 orang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 13 orang yang memerlukan bantuan pernafasan.


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.