Majlis Kenduri cetus kluster baharu di Kampung Pukak, Tuaran

Kickbola.netKenduri kesyukuran cetus kluster Kampung Pukak di Tuaran



KOTA KINABALU: Majlis kenduri kesyukuran dipercayai menjadi pencetus satu kluster baharu COVID-19 di negeri ini iaitu Kluster Kampung Pukak di Tuaran membabitkan 17 kes kumulatif sehingga hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata majlis itu diadakan di Kampung Pukak pada 3 Julai lalu, manakala kes indeks kluster itu membabitkan seorang lelaki berusia 47 tahun dikesan positif pada 9 Julai.

"Susulan kes itu, saringan 55 kontak rapat dibuat dan 16 kes dikesan positif menjadikan jumlah kumulatif kes positif kluster ini sebanyak 17 kes termasuk sembilan kes baharu hari ini.

"Saringan membabitkan kontak rapat dari Kampung Pukak, Kampung Pinagon dan Kuarters Loji Air Telibong 1," katanya dalam kenyataan, malam ini.


Masidi yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 berkata, Sabah hari ini merekodkan 657 kes baharu, menjadikan jumlah kumulatif wabak itu sebanyak 76,453 kes.


"Pesakit sembuh dibenarkan keluar hospital pula seramai 285 orang, menjadikan jumlah kumulatif 71,748 orang," katanya. – BERNAMA

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.