Sabah kini memasuki Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara

Kickbola.net Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat melalui Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikannya, hari ini



PUTRAJAYA: Selepas enam negeri, Sabah memasuki Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN), bermulai Sabtu ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat melalui Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikannya, hari ini.

Katanya, keputusan dibuat selepas meneliti pembentangan peralihan fasa bagi negeri-negeri oleh Kementerian Kewangan.

"Selepas semua agensi terbabit termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) meneliti nilai-nilai ambang atau 'threshold' negeri ini, Sidang Khas MKN bersetuju untuk membuat peralihan fasa bagi Sabah dari fasa satu ke fasa dua, berdasarkan pencapaian nilai ambang tiga indikator utama yang ditetapkan.


Beliau berkata, maklumat lanjut mengenai semua kebenaran yang ditetapkan bagi fasa dua boleh dirujuk di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my.

Peralihan bagi fasa PPN bagi Sabah akan berkuat kuasa mulai 10 Julai 2021.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Perdana Menteri

Terdahulu, Kerajaan negeri Sabah telah meminta Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan untuk menyenaraikan dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pelanggan restoran memenuhi meja makan dengan kapasiti dua orang mengikut saiz meja di Kota Kinabalu. Kerajaan Sabah membenarkan makan dalam kedai sejak hujung bulan lalu.



Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kes harian Covid-19 di Sabah agak terkawal maka, wajar untuk Sabah beralih kepada Fasa 2 PPN.

Beliau berkata, Sabah juga merayu agar kerajaan Pusat membekalkan segera bekalan vaksin yang kini semakin berkurangan.

Katanya, bekalan vaksin sedia ada tidak mencukupi bagi memenuhi permintaan vaksin yang semakin meningkat.

“Saya difahamkan pihak hospital terpaksa menangguhkan temu janji penerima vaksin bagi dos pertama dan kedua kerana berhadapan kekurangan bekalan.

“Masalah sebegini sepatutnya tidak berlaku dalam usaha kita mempercepatkan pemberian vaksin bagi mencapai imuniti kelompok dengan segera,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya negeri memaklumkan terdapat sekitar 10,000 hingga 11,000 orang penerima vaksin dalam sehari.

Jumlah ini boleh ditingkatkan kepada 20,000 orang penerima sehari. Namun, bekalan vaksin yang terhad menyukarkan sasaran tersebut dicapai.

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah ini berkata, kerajaan telah mempergiatkan pelbagai kempen kesedaran mengenai kebaikan vaksin termasuk melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) ke kawasan luar bandar termasuk pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang baharu.

Bagaimanapun, berikutan bekalan vaksin tidak mencukupi usaha mempercepatkan proses vaksinasi ini terbantut.

Justeru, Bung Moktar meminta kerajaan Pusat khususnya kementerian berkaitan agar memandang serius isu ini bagi membolehkan keperluan Sabah dipenuhi selari dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


Sabah menyasarkan untuk memberikan vaksin kepada kira-kira 85 peratus rakyat di negeri ini menjelang Oktober.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.