Covid-19: Pitas senarai teratas untuk pertama kalinya

Kickbola.net Peningkatan mendadak 279 kes Covid-19 baru di Sabah disebabkan oleh Kluster Majlis Pengkubumian di Pitas



Kes baharu Covid-19 di daerah Pitas mencatat lonjakan mendadak, hari ini, iaitu sebanyak 128 kes berbanding hanya 17 kes yang dilaporkan, semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata, daripada 128 kes yang dicatatkan itu, sebanyak 126 kes adalah berpunca daripada saringan Kluster Tanjung Pitas manakala dua kes lagi daripada lain-lain saringan.

Katanya, Kluster Tanjung Pitas disyaki berpunca daripada satu aktiviti majlis pengebumian di sebuah kampung di daerah terbabit.


“Juga kebarangkalian pergerakan antara Pulau Banggi dan Pitas menyumbang kepada jangkitan membabitkan ramai penduduk,” katanya dalam taklimat harian perkembangan Covid-19 di Sabah, hari ini.

Terdahulu, Masidi yang juga jurucakap negeri berkaitan Covid-19 berkata, sebanyak 279 kes baharu dicatatkan di Sabah, hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 71,468 kes.

Katanya, tiga kematian turut dicatatkan masing-masing satu kes di Semporna, Lahad Datu serta Beaufort.

”Sementara itu, jumlah pesakit yang discaj daripada hospital, hari ini, ialah seramai 203 orang menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 68,739 orang.

”Seramai 1,760 pesakit juga sedang menerima rawatan iaitu 384 orang di hospital, 1,230 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) manakala 146 orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau Penjara.

”Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 58 orang dan 18 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan atau ‘ventilated’,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Masidi berkata dua kluster baharu turut dicatatkan di Sabah, hari ini, iaitu Kluster Istimewa Dua di Sandakan dan Kluster Lumadan di Beaufort. – FMT

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata Kluster Tanjung Pitas itu mulai dikesan melalui saringan bergejala terhadap seorang suri rumah berusia 26 tahun di Hospital Pitas, pada 27 Jun lalu, dan didapati positif COVID-19.

"Upacara pengebumian di Pitas (Kluster Tanjung Pitas) pada bulan Jun menyebabkan 126 penduduk kampung dijangkiti, mengakibatkan peningkatan jumlah kes baru di Sabah hari ini, 279!

"Pitas 128, Kota Kinabalu 47, Sandakan 16, Beaufort 15, Tawau 14, Putatan 13, dan 11 daerah mencatat sifar kes," katanya di Ciapan Twitter beliau.



Indeks kes kluster, seorang suri rumah berusia 26 tahun dipercayai telah mencetuskan kelompok masyarakat nelayan.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.