Suspek larikan kereta kakak tunang serah diri

Kickbola.net SUSPEK menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu. FOTO Ihsan pembaca

Suspek larikan kereta kakak tunang serah diri

Kota Marudu: Seorang lelaki yang melarikan kenderaan kakak tunangnya sejak Selasa lalu, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu, semalam.

K
etua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, suspek berusia 27 tahun itu menyerah diri kira-kira jam 7.30 malam.

Katanya, ketika ditahan, polis turut menemukan semula kenderaan dilarikan selain turut merampas telefon bimbit milik serta wang tunai RM500 dipercayai milik mangsa.

"Rampasan wang tunai serta telefon bimbit terbabit ditinggalkan oleh mangsa di dalam kenderaan semasa melarikan diri tempoh hari.

"Hasil siasatan, suspek turut mengakui wang syarikat yang didakwa RM10,000 itu sebenarnya sebanyak RM18,000," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Izaan berkata, wang itu didapati diserahkan kepada suspek dalam tempoh antara 4 hingga 18 Jun lalu.

"Bagaimanapun, wang terbabit tidak ada kaitan ketika hari kejadian. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti di mana wang sebanyak RM18,000 itu diletakkan.

"Suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan lanjut berkenaan kes ini," katanya.

Terdahulu, dalam kenyataan yang tular di laman sosial mendakwa, seorang lelaki bertindak melarikan wang tunai sebanyak RM18,000 dan sebuah kenderaan Proton Iswara.


Kenyataan itu mendakwa, lelaki terbabit turut mengikat dan membelasah tunangnya sebelum menghilangkan diri.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.