Menteri Kanan (Keselamatan) Hishammuddin Hussein berkata, 11 lokaliti di sabah terlibat dalam pelaksanaan PKPD. |
Menteri Kanan (Keselamatan) Hishammuddin Hussein dalam kenyataan berkata sebanyak 11 lokaliti di Sabah diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 12 Ogos ini.
Berikut adalah perincian lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD.
Pelaksanaan PKPD bermula 12 hingga 25 Ogos adalah seperti berikut:
3 di Lokaliti Kota Kinabalu membabitkan Kuarters Kilang J&L di Jalan Kokol, Kampung Gudon di Manggatal dan Kampung Lobou.
Kampung Menunggui, Kota Belud
Kampung Tengah, Kinarut, Papar
Kampung Petagas, Putatan
Kampung Pogunon, Penampang
Kampung Timbua-Kembiroi-Lobou Baru, Ranau
Kampung Batu 1 Sipitang
Kampung Bukit Kukusan, Tawau dan
Kampung Batu-Batu, Tenom.
Hishammuddin Hussein |
Pelanjutan PKPD pada 12 hingga 25 Ogos
Bandar Sierra, Kampung Kalasanan, Kampung Pulau Penampang, Bandaran Segama, Taman Bukit Setia dan Taman Putera Jaya di Kota Kinabalu, Sabah.Penamatan PKPD pada 11 Ogos
5 lokaliti di Kota Kinabalu melibatkan Kampung Unggun, Lorong Cina 1, 2 & 3, Kampung Tebobon, Plaza Kingfisher dan Polytechnic Commercial Centre8 lokaliti di Penampang melibatkan Country Height Fasa 1, 2 & 3 (termasuk Bangunan Kedai), Cyber City Fasa 1, Kampung Nabangkung, Kampung Ramayah, Taman Vista Kiranau, Kampung Sarapung Kolopis, Vista Minitod dan Kampung Tuunon
4 lokaliti di Beaufort melibatkan Kampung Lumadan, Kampung Kebulu Petani, Kampung Beaufort Selatan dan Taman Arjuna
Perumahan Ladang Tinabau, Kinabatangan
3 lokaliti di Tawau melibatkan Kampung Blok 31, Kampung Tanjung Batu Darat dan Kampung Darat Inderasabah
Mengenai perkembangan Operasi Pematuhan, Hishammuddin berkata, sebanyak 180 kompaun dikeluarkan dan 21 lagi direman atas kesalahan ingkar SOP semalam.
Katanya, sebanyak. 60 premis membabitkan kilang, tapak perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP.
Menurutnya, seramai 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan, manakala dua kenderaan kapal/bot dan dua kenderaan darat turut dirampas dalam Operasi Benteng.
Post a Comment