2 Kawasan di Sabah dikenakan PKPD bermula 3 Ogos

Pelaksanaan PKPD bermula 3 hingga 16 Ogos 2021


PETALING JAYA: Sebanyak 2 lokaliti di Sabah diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 3 Ogos ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Hishammuddin Hussein dalam kenyataan hari ini, memaklumkan berkenaan lokaliti-lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD.

Pelaksanaan PKPD bermula 3 hingga 16 Ogos adalah seperti berikut:

Sabah;

Perumahan Ladang Hibumas 2, Mukim Sungai-Sungai, Beluran

Kampung Tagibang, Kota Marudu



Pelanjutan PKPD pada 3 hingga 16 Ogos

Ladang Agathis, Kalabakan, Sabah

Kampung Nosoob, Penampang, Sabah

Kampung Gusung, Likas, Sabah

Kampung Bakalau, Beaufort, Sabah

Penamatan PKPD pada 2 Ogos

Kampung Serudung Baru, Tawau, Sabah

3 lokaliti dalam mukim Likas, Kota Kinabalu, Sabah iaitu Taman Teluk Likas; Taman Kurnia Jaya; dan Kuarters Kilang Permai Kaya

2 lokaliti di Sipitang, Sabah iaitu Kampung Long Kiangan dan Kampung Ranau-ranau

2 perkampungan di Sipitang, Sabah iaitu Kampung Solob dan Kampung Tunas Baru

Kampung Muhibbah, Beaufort, Sabah

Kampung Dandulit Matunggong, Kudat, Sabah



Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, 235 orang ditahan kerana mengingkari SOP, dengan 207 daripadanya dikompaun dan 28 lagi direman.

Katanya, 59 premis membabitkan kilang, tapak perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP.


Beliau berkata, dua pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan 5 kenderaan darat turut dirampas dalam Operasi Benteng semalam.

Post a Comment

Previous Post Next Post