3 lokaliti di Sabah diarah PKPD mulai 8 Ogos

Menteri Kanan (Keselamatan) Hishammuddin Hussein berkata, sebanyak 3 lokaliti dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Sabah bermula 8 Ogos hingga 21 Ogos ini.



PETALING JAYA: 3 lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) mulai 8 hingga 21 Ogos ini.

Beliau berkata, PKPD dikenakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti tersebut.

Pelaksanaan PKPD di Sabah bermula 8 Ogos hingga 21 Ogos seperti berikut:

University Condominium Apartment 2 dan Rumah Murah Kepayan di Kota Kinabalu.

Kampung Lohan 1 di Ranau.

PKPD akan dilanjutkan di lokaliti berikut:

Bandar Sinsuran di Kota Kinabalu, Sabah hingga 21 Ogos.

Penamatan PKPD pada 7 Ogos membabitkan:

Taman Sabana Fasa 1 di Keningau

Kampung Berhala dan Kampung Melayu Bumiputra di Sandakan

Kampung Nagapas di Jalan Kebun Lama di Papar

Kampung Kolam di Kudat.

Taman Sepanggar, Blok D & E Apartment Angkasa, Kampung Sepakat Jaya, Kampung Rampayan dan Kampung Lokub di Kota Kinabalu.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata, 194 individu dikompaun dan 31 lagi direman kerana mengingkari SOP semalam. Katanya, 15 pendatang asing tanpa zinin ditahan dan empat kenderaan darat dirampas dalam Operasi Benteng semalam.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.