32 dikompaun, 197 kenderaan diarah patah balik

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata untuk tempoh sama, pihak polis turut mengarahkan 197 buah kenderaan di 197 sekatan jalan raya (SJR) yang dilaksanakan membabitkan pemeriksaan 42,913 buah kenderaan keseluruhan.





“Daripada jumlah keseluruhan kompaun itu 13 kompaun dikeluarkan terhadap individu gagal mendaftar masuk premis, dua ingkar pergerakan keluar masuk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan lapan gagal memakai pelitup muka.

“Tujuh yang lain tidak mematuhi arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) manakala dua membawa penumpang berlebihan,” katanya.

Beliau berkata satu tangkapan turut dibuat semasa penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan Sabah oleh Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia melibatkan 69 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 29 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah juga berjaya melaksanakan sanitasi awam di 29 premis dengan melibatkan 18 buah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) pada hari ini.

“220 hebahan awam mengikut program Info On Wheels Jabatan Penerangan Malaysia Sabah juga dilaksanakan di 10 daerah dan 164 hebahan

umum turut dilaksanakan oleh Unit Promosi Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah di seluruh Sabah,” katanya.

Sementara itu katanya seramai 67,164 individu berjaya divaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat ini.

Tambahnya Sabah merekodkan 17,232 pendaftaran penerima vaksin baharu pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif yang mendaftar sebanyak 1,238,697 iaitu 1,154,850 pada aplikasi

Mysejahtera dan bagi laman web seramai 83,580 manakala Talian Vaksinasi adalah 267 bersamaan 44.9 peratus setakat ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.