Lelaki, 53, melecur di gelang kaki dalam kebakaran

Kota Belud: Seorang lelaki cedera selepas rumahnya di Kampung Kuala Abai, yang juga dijadikan tempat memproses keropok lekor, terbakar, hari ini.




Dalam kejadian jam 9.45 pagi itu, mangsa berusia 53 tahun terbabit melecur di pergelangan kaki akibat terkena bahang api.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.59 pagi.

Katanya, sepasukan sembilan anggota dan pegawai bersama sebuah jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik sampai, api didapati masih membakar sebahagian besar rumah berkenaan dan operasi pemadaman segera dijalankan.

“Api berjaya dikawal pada jam 10.29 pagi sebelum operasi tamat sepenuhnya 21 minit selepas itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Lelaki cedera, melecur di gelang kaki dalam kebakaran rumah
Affendy berkata, kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis kekal berkeluasan 280 meter persegi dan kemusnahan dianggarkan membabitkan 80 peratus.

“Seorang mangsa lelaki yang berada di rumah berkenaan turut cedera akibat terkena bahang api kebakaran namun dilaporkan dalam keadaan selamat dan stabil.

“Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti punca serta jumlah kerugian dalam insiden ini,” katanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.