FAIRUZ (berdiri, kanan) bertemu warga emas, antara penduduk Pulau Mantanani yang menerima vaksin pada Jumaat. |
650 di Pulau Mantanani penerima pertama vaksin CanSino
KOTA KINABALU: Ketua Kampung Pulau Mantanani, Kota Belud, Rosmin Ambil menjadi individu pertama menerima vaksin COVID-19 dos tunggal CanSino di Sabah.
Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, Fairuz Renddan yang menyaksikan program jangkauan luar pemberian vaksin COVID-19 di pulau berkenaan, semalam.
Katanya, penduduk Pulau Mantanani adalah penerima terawal vaksin CanSino di Sabah selepas vaksin berkenaan tiba di negeri ini bermula kelmarin.
"Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, program pemberian vaksin di Mizume, Pulau Mantanani berjalan dengan lancar.
"Ketua Kampung Pulau Mantanani, Haji Rosmin Ambil adalah orang pertama di Sabah disuntik dengan vaksin CanSino," katanya dalam perkongsian mengenai program vaksinasi di pulau berkenaan di laman Facebook beliau, semalam.
Fairuz berkata pemberian vaksin jenis CanSino memang sangat sesuai diberikan kepada penduduk di kawasan terpencil seperti di Pulau Mantanani menandangkan ia tidak memerlukan suntikan dos susulan.
"Saya yakin dengan adanya vaksin CanSino yang hanya memerlukan satu dos suntikan, usaha untuk memvaksin penduduk di kawasan pedalaman dan agak susah untuk dicapai dengan jaringan pengangkutan dan jarak akan lebih mudah direalisasikan," katanya.
Kelmarin, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan penghantaran sebanyak 180,000 dos vaksin CanSino ke negeri ini, bermula dengan 53,000 dos yang tiba pada Selasa lalu.
Ketua Kampung Pulau Mantanani, Kota Belud, Rosmin Ambil menjadi individu pertama menerima vaksin Covid-19 dos tunggal CanSino di Sabah. |
Post a Comment