Pembantu tadbir kanan didakwa terima rasuah

DUATI (kanan) dibawa oleh anggota SPRM selepas prosiding.

Penjawat awam didakwa terima rasuah



Kota Kinabalu: Seorang penjawat awam berumur 55 tahun didakwa menerima rasuah sebanyak RM1,500 daripada seorang lelaki.

Duati Gunggut mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat, ke atas pertuduhan yang dibuat ke atasnya.

Dia dituduh menerima rasuah untuk dirinya daripada seseorang bernama Hendry Jassin, 52, sebagai ganjaran kepada Duati untuk mempercepatkan permohonan untuk pelaksanaan pembayaran semula bon untuk dua projek iaitu, membaiki dan menaiktaraf Jalan Kebun Sakikilo dan menyelenggara sebuah surau di Kg Bukit Merah di Sook.

Pertuduhan menyatakan dua projek itu dilaksanakan oleh Syarikat RH Construction.

Kesalahan itu didakwa berlaku pukul 12.59 tengah hari pada 20 Sept, 2018 di Keningau Maybank.


Duati (kanan) meninggalkan bilik mahkamah pada hari Khamis.
Kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 itu memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Duati dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM7,000 deposit RM3,000 beserta seorang penjamin tempatan.

Mahkamah menetapkan 27 September tahun ini untuk sebutan dan mengarahkan Duati melaporkan diiri kepada pejabat SPRM di Keningau dua bulan sekali dan juga pasportnya, jika ada, akan diserahkan kepada mahkamah.

Pegawai Pendakwa Rekraj Singh dari SPRM tampil untuk pendakwaan manakala Duati tidak diwakili.

Post a Comment

Previous Post Next Post