Penularan Covid-19 di 2 tempat kerja punca Sabah catat kes tinggi

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah Datuk Masidi Manjun



Kota Kinabalu: Penularan wabak Covid-19 di dua tempat kerja menyebabkan jumlah kes harian di Sabah mengalami peningkatan melepasi angka 2,000 hari ini.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, Sabah hari ini mencatatkan sebanyak 2,052 hari ini berbanding 1,514 kes yang dicatatkan semalam.

"Jangkitan virus Covid-19 di sebuah pelantar minyak yang membabitkan 209 pekerja, dan ditambah pula dengan 109 pekerja tapak binaan Hyatt Centric di Kota Kinabalu yang terdiri daripada warga Filipina, China dan Malaysia menjadikan jumlah yang amat tinggi bagi daerah Kota Kinabalu dalam sehari iaitu 635 kes.

"Berapa daerah lain juga mengalami penambahan kes baharu yang tinggi iaitu Tuaran 126 kes, Tawau (178); Beaufort (86); Kota Belud (84); Lahad Datu (50).

"Selain itu, Ranau juga mencatatkan 44 kes, Telupid (77); Sipitang; (46) kes dan Tongod (21) kes.

"Daripada 2,052 kes baharu, 1,154.kes atau 56.24 peratus melibatkan kontak rapat, 440 kes atau 21.44 peratus adalah kes saringan bergejala, 91 kes daripada saringan kluster sedia ada dan 71 kes melalui saringan bersasar manakala, 14.4 peratus atau 296 kes adalah daripada kategori lain," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Beliau berkata, jumlah pesakit Covid-19 yang sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital seramai 628 menjadikan jumlah kumulatif 85,337 orang.

"Seramai 4,899 pesakit menerima rawatan iaitu 1,104 orang di hospital, 3,732 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 57 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) manakala enam orang di fasiliti swasta," katanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.