115 Keluarga Tinggal Sehelai Sepinggang Bila Api dari dapur cetuskan kebakaran musnahkan 26 rumah di Skim Penempatan Telipok

26 rumah musnah dalam Kebakaran di Skim Penempatan Telipok pada Sabtu.

Kota Kinabalu: Kebakaran 26 rumah setinggan di Skim Penempatan Telipok di sini, hari ini dipercayai bermula dari dapur sebuah rumah, sebelum merebak ke rumah lain berdekatan.


Kejadian kira-kira 1 tengah hari itu menyebabkan 115 keluarga tinggal sehelai sepinggang, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pasukan bomba melakukan kerja memadamkan sepenuhnya kebakaran rumah setinggan di Skim Penempatan Telipok, Kota Kinabalu. FOTO IHSAN BOMBA
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, mangsa memaklumkan menyedari dapurnya terbakar ketika sedang makan tengah hari.


"Selepas melihat keadaan api yang besar (marak), mangsa panik dan bertindak melarikan diri dari rumahnya.


"Akibat kejadian itu, beberapa rumah berdekatan turut terbakar," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, siasatan masih dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran itu.


Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 1.07 petang dan 26 rumah jenis tidak kekal terbakar 100 peratus.


Katanya, operasi api berjaya dikawal pada 2.23 petang dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.