Ada menteri, timbalan menteri, tapi kenapa 8 daerah di Sabah masih termiskin, soal Ahli Parlimen Kota Kinabalu

Picture
Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin persoal 8 daerah di Sabah termiskin di Malaysia. Dia turut memuat naik gambar salah satu halaman dalam buku laporan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang menunjukkan senarai daerah termiskin di negara ini. (Gambar Facebook)
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

8 daerah termiskin di Sabah ada menteri, timbalan menteri

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin mempersoalkan mengapa lapan daerah di Sabah masih dilaporkan sebagai daerah termiskin di Malaysia sedangkan kebanyakan kawasan berkenaan diwakili oleh menteri serta timbalan menteri kerajaan.


Katanya, daripada 10 daerah termiskin di negara ini, lapan adalah di Sabah, iaitu Kudat, Pitas, Kota Belud, Kota Marudu, Beluran, Telupid, Tongod, dan Nabawan.

Picture
DAP Kota Kinabalu MP Chan Foong Hin

“Kebanyakan kawasan ini ialah bawah kawasan Parlimen menteri serta timbalan menteri.

“Antaranya di Kota Marudu (yang diwakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Maximus Ongkili, Beluran (Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ronald Kiandee) dan Nabawan (Timbalan Menteri Kerja Raya Arthur Joseph Kurup).


“Selain itu di Pitas, iaitu bawah kawasan Parlimen Kudat sebelum ini diwakili bekas Menteri Kewangan Rahim Bakri, di Tongod yang juga bawah kawasan Parlimen Kinabatangan pula kini diwakili Timbalan Ketua Menteri Sabah.

“Kota Belud juga sebuah kawasan yang hebat apabila tiga pemimpin kanan sebelum ini berasal dari sana, iaitu mantan speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia; mantan menteri komunikasi dan multimedia Salleh Said Keruak serta bekas menteri EPU (Unit Perancang Ekonomi) Rahman Dahlan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.


Dalam hantarannya itu juga, Chan turut memuat naik gambar salah satu halaman dalam buku laporan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang menunjukkan senarai daerah termiskin di negara ini.


“Harap menteri-menteri ini dapat melonjakkan pembangunan di daerah termiskin di Malaysia itu.

“Jangan berpuluh tahun memegang jawatan wakil rakyat di sana sampai memegang jawatan menteri namun rakyat di kawasan diwakili masih hidup dalam keadaan miskin tegar,” katanya.

SOURCE: FMT

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post