Menara Jam Atkinson, Australian Place dinaiktaraf

http://beritaup2date.blogspot.com/ Menara Jam Atkinson
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date


KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedang menaiktaraf kawasan Menara Jam Atkinson dan Australian Place sini.


Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Noorliza Awang Alip memaklumkan, Projek Menaiktaraf Kawasan Pusat Persekitaran Bandaraya Kota Kinabalu: Pakej 3: Peningkatan Fizikal Kawasan Menara Jam Atkinson dan Australian Place ini merupakan satu daripada projek di bawah Koridor Pembangunan Sabah yang telah diluluskan pada tahun 2009 yang telah diteliti semula pada tahun 2020 dan diluluskan untuk pembinaan pada tahun 2021.


“Projek ini dibiayai melalui peruntukan di bawah Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) di mana DBKK merupakan agensi perlaksana projek,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Katanya, projek ini merangkumi 3 komponen iaitu:

Menaiktaraf kawasan persekitaran Menara Jam Atkinson termasuk kerja-kerja pembaikan dan pembinaan tembok penahan cerun serta penyediaan kemudahan asas.

Menaiktaraf kawasan Menara Pemerhatian (Observatory Tower) di Jalan Bukit Bendera (Signal Hill).

Pembinaan Treetop Walkway yang menghubungkan kawasan Menara Jam Atkinson dengan Menara Pemerhatian (Observatory Tower).

Noorliza berkata, objektif utama projek ini adalah menaiktaraf kawasan persekitaran Menara Jam Atkinson dari aspek keselamatan struktur menara jam tersebut seperti pembinaan tembok penahan yang kekal dan sistem perparitan yang teratur.


Selain itu, katanya, ianya untuk menyediakan kemudahan kepada pengunjung seperti ruang awam yang selamat dan selesa serta boleh dinikmati oleh semua golongan masyarakat termasuk golongan kelainan upaya (OKU), dan meningkatkan pencahayaan di sekitar kawasan Menara Jam Atkinson dan Menara Pemerhatian.


“Secara keseluruhannya, projek ini melibatkan kerja-kerja landskap serta penaiktarafan dan pembaikan kawasan persekitaran tanpa melibatkan pengubahsuaian terhadap struktur Menara Jam Atkinson.

“Projek ini dijangka mengambil masa selama 18 bulan untuk disiapkan,” katanya.

SOURCE: Warta Oriental

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.