Pernah Berlakon Dalam Filem Marvel, Kenali Anak Kelahiran Sabah Remy Hii

http://beritaup2date.blogspot.com/ Bukan sahaja tampan, malah amat berbakat! Tahniah atas segala pencapaian anda Remy Hii💖

Biar betul anak kelahiran Sabah ini berlakon dalam cerita Spider-Man: Far From Home!

Siapa sangka pelakon Hollywood Remy Hii ini sebenarnya anak kelahiran Sabah, Malaysia.

Dilahirkan di Kota Kinabalu, bapa Remy adalah berketurunan Cina di Sabah manakala ibunya pula berasal dari Manchester, England.

Ketika berusia 8 tahun, Remy dan keluarga berpindah ke Queensland, Australia bersama kedua-dua orang tuanya.

Pernah membintangi filem Marvel Spider-Man: Far From Home

Anda mungkin pernah melihat jejaka tampan ini berlakon di dalam filem Hollywood yang terkenal iaitu Crazy Rich Asian bersama Henry Golding yang juga merupakan anak kelahiran Borneo dari Sarawak. Tak cukup di situ sahaja, Remy Hii juga pernah membintangi filem Marvel Spider-Man: Far From Home bersama bintang hebat Hollywood iaitu Tom Holland, Zendaya, Jake Gyllenhaal, Samuel L. Jackson dan banyak lagi.


Di dalam filem Spider-Man: Far From Home, Remy memainkan watak remaja sekolah menengah, Brad Davis di mana dia merupakan pesaing Peter Parker atau Spiderman (Tom Holland) dalam memenangi hati MJ (Zendaya).

Di akaun Twitter pula, Remy berkata bahawa

Di akaun Twitter pula, Remy berkata bahawa rakaman filem berwarna waktu malam merupakan sesuatu yang amat indah dan menarik. Rakaman Jing Lusi mengingatkan Remy pada filem lama Hong Kong yang ditontonnya bersama datuk dan neneknya ketika dia membesar di Kota Kinabalu, Sabah.

Remy juga membintangi satu siri dari Netflix yang anda mungkin pernah lihat iaitu Marco Polo dan baru-baru ini, Remy telah berkongsi di akaun Instagram miliknya bahawa dia akan menyertai rancangan memasak, The Cook Up bersama Adam Liaw dan Poh Liang Yeow di mana mereka akan berkongsi warisan makanan dari Malaysia.

“Saya amat berbangga kerana mewarisi keturunan Cina-Malaysia, namun dapat meraikannya dengan cara yang terbaik (semestinya melalui makanan) dengan dua orang idola saya Adam Liaw dan Poh Liang Yeow di TV Australia merupakan sesuatu yang diimpikan oleh anak dari Sabah ini!”- Tulis Remy di akaun Instagramnya.


Diharap agar kejayaan Remy ini boleh menjadi pembakar semangat anak muda di luar sana untuk mengejar impian anda. Memang terbaiklah anak kelahiran Sabah ini dan semoga maju jaya diucapkan!

SOURCE: @BreezeMagazine via I Love Borneo

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Tags

Post a Comment

1 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.