PKPD Di 4 Lagi Lokaliti Di Sabah Mulai 7 September

4 lagi lokaliti di Sabah diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 7 September ini.

PUTRAJAYA: 4 lagi lokaliti di Sabah diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 7 September ini.


Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Rodzi Md Saad dalam kenyataan hari ini berkata, pelaksanaan PKPD di lokaliti tersebut bermula 7 hingga 20 September.

Berikut adalah perincian lokaliti-lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD.


Pelaksanaan PKPD pada 7 hingga 20 September:

a) Kampung Tetabuan, Beluran
b) Kampung Matagang, Keningau
c) Taman Pantai Lok Kawi, Papar
d) Kampung Kilanas, Ranau

Lanjutan PKPD pada 7 hingga 20 September:

Kampung Buanog Matunggong, Kudat, Sabah


Penamatan PKPD pada 6 September:

a) Kampung Pukat, Tanjung Batu Laut, Tawau
b) Kampung Balung, Cocos, Tawau

Post a Comment

Previous Post Next Post