Polis Kesan 3 Tahanan Termasuk 2 Banduan Positif Covid Lari Dari PKRC

Tahanan diburu selepas bertindak melarikan diri dari PKRC Dewan Arena Tawau, Jalan Utara, Tawau.

Polis buru tiga tahanan positif Covid-19 lari dari PKRC di Tawau

TAWAU; 05 SEPTEMBER 2021 (Ahad) : Polis Tawau melancarkan Ops Tutup dan Ops Kesan bagi mengesan tiga tahanan termasuk dua banduan yang telah melarikan diri dari Pusat Kawalan dan Rawatan COVID (PKRC) Dewan Arena Tawau, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata dua tahanan iaitu Niko Matheus, 25, dan Hashim Muhamad Syata, 34, merupakan warga Indonesia manakala seorang lagi Jimnajir Annor, 23, warga Filipina.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata, dua banduan dan seorang lagi tahanan masih dalam perbicaraan (reman) itu merupakan warga asing didapati Positif COVID-19 dan menjalani kuarantin bagi pemantauan kesihatan bersama 13 lagi tahanan lain dan disedari telah melarikan diri kira-kira pukul 12.30-tengah malam.

Peter (tengah) menunjukkan gambar tiga banduan yang melarikan diri. – Foto BESTAWAUFM



Katanya, kesemua suspek melarikan diri melalui tingkap tandas selepas mengumpil gril tingkap tandas berkenaan. Beliau berkata demikian kepada media tengah hari tadi di salah satu Sekatan Jalan Raya (SJR) yang diaktifkan di Tawau.

Katanya, dua banduan terbabit dikenali sebagai Niko Matheus, 25-tahun, warga Indonesia sedang menjalani hukuman penjara 4-tahun dibawah Seksyen 457-Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah rumah dan Seorang lagi dikenali Jimnajir Annor, 23-tahun, warga Filipina menjalani hukuman penjara selama 2-bulan dan sebatan dibawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka (ARCT) 1953, Seksyen 6(1) IMG 1959 (PIN 2002).


Manakala seorang lagi tahanan dikenali Hasyim Muhamad, 34-tahun, warga Indonesia masih menjalani perbicaraan dan ditahan reman atas pertuduhan dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Foto BESTAWAUFM
ACP Peter berkata, pihaknya melancarakan Ops Tutup dan Ops Kesan di darat dengan melakukan Sekatan Jalanraya (SJR) di beberapa jalan utama di sekitar Tawau dan turut menjalankan pemeriksaan di laut dengan meminta bantuan Pasukan Polis Marin (PPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan elemen ESSCOM.


Beliau meminta orang awam yang memiliki maklumat ketiga-tiga banduan dan tahanan dikehendaki tersebut agar menyalurkan maklumat kepada pihak Polis di mana-mana balai polis berhampiran.

Post a Comment

Previous Post Next Post